Lancôme Hadir Dengan Penawaran Baharu Bagi Siri Rénergie – Dikenali Sebagai Rénergie H.P.N. 300-Peptide Cream

July 7, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

30 tahun selepas pelancaran pertama produk ikonik Rénergie pada tahun 1992, Lancôme kemudiannya meneruskan pelancaran kedua untuk siri ini menerusi Rénergie H.C.F. Triple serum pada 1 Disember 2021.

Dan sekali lagi pada tahun 2023, Lancôme mengumumkan satu lagi kejayaan besar yang lahir daripada sains regeneratif mereka iaitu pelancaran produk terbaru mereka iaitu Rénergie H.P.N. Krim 300-Peptida.

Selepas lebih daripada 2 tahun membangunkan penawaran ini yang memerlukan lebih daripada 250 percubaan formulasi, lebih 500 kawalan kualiti dan ujian ke atas lebih daripada 770 wanita, Lancôme telah menemui cara untuk menjana semula kulit anda lebih cepat daripada usia anda.

Ia merupakan inovasi yang menumpukan kepada penggunaan bahan-bahan berkualiti yang sebelum ini dianggap belum lagi digunakan oleh kebanyakan pengeluar produk kecantikan.

Menurut jenama kecantikan itu juga, mereka hadir dengan gabungan bahan yang disatukan di dalam satu formula bagi memberikan hasil penggunaan yang bermanfaat kepada pengguna.

Tambah Lancôme, pek formula inovatif ini hadir dengan kepekatan baharu bagi Asid Hyaluronik, selain turut dikuasakan Niacinamide tulen dan untuk kali pertama di Lancôme, mereka hadir dnegan lebih 300 jenis Peptida dalam format baharu yang boleh dicas semula. 

Untuk pengetahuan anda juga, Rénergie H.P.N. Krim 300-Peptide menampilkan bahan peptida yang diperoleh daripada Green Sciences. Menurut Lancôme, dengan kehadiran sains hijau, mereka beruaya untuk mencipta semula cara mereka ketika menghasilkan dan membangunkan produk tanpa memberikan kesan kepada alam sekitar.

Secara umumnya, peptida mempunyai 3 jenis fungsi iaitu:

  • Peptida pembawa berfungsi sebagai penghantar mineral kepada kulit untuk meningkatkan kolagen, elastin dan protein yang menjadikan kulit kelihatan lebih tegang dan berisi.
  • Peptida perencat pula berfungsi untuk memperlahankan proses semula jadi badan di mana kolagen hilang. Mereka juga boleh membantu mencegah pigmentasi.
  • Peptida isyarat berfungsi untuk menghantar mesej ke bahagian kulit yang berlainan untuk menggalakkan penjanaan semula.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd