Carian
KAO Terus Komited Sebagai Jenama Gaya Hidup Yang Memfokuskan Penawaran Produk Lestari
July 7, 2023 Lina Rosli

Bersempena ulang tahun Kao yang ke-50, Kao Corporation telah hadir dengan kempen ‘Together for Tomorrow’ yang memfokuskan kepada gaya hidup lestari atau lebih dikenali sebagai Kirei Lifestyle Kao menerusi barisan jenama di bawah mereka seperti Attack, Biore, Laurier dan banyak lagi.

Menerusi kempen ini, Kao memperkenalkan inovasi di dalam penawaran produk mereka yang mana matlamat ini disokong selaras dengan pelbagai komitmen kelestarian seperti:

  • Penyahkarbonan
  • Mencapai sisa sifar
  • Memulihara air
  • Mencegah pencemaran udaran dan air

Untuk pengetahuan anda juga, Kao juga merupakan satu-satunya jenama yang keakl tersenarai sebagai jenama syarikat yang paling beretika di dunia selama 17 tahun berturut-turut oleh Institusi Ethisphere.

Sewaktu kempen ini juga, Kao menerusi jenama Biore telah melancarkan Biore Guard Mos Block Serum telah menampilkan projek #Guard Our Future. Projek ini menggabungkan aktiviti kesedaran tentang demam denggi dan memberi pendedahan kepada komuniti akan bahaya denggi yang mana ia berisiko mengancam nyawa apabila tidak ditangani dengan baik.

Bukan sekadar itu, di dalam kempen Kao Together For Tomorrow, jenama gaya hidup terkemuka ini juga turut hadir dengan inisiatif yang memperkasakan wanita muda di Malaysia. Ini bagi memperjuangkan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman untuk semua lapisan umur dan generasi.

Untuk memperkasakan wanita juga, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hadir sebagai rakan penyampai utama untuk Kempen Laurier School of Confidence. PTPTN berfungsi dalam membantu golongan wanita yang berkelayakan dalam memberikan ganjaran bernilai RM1500 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

Akhir sekali, Kao Malaysia juga dilihat turut menerapkan strategi ESG Kirei Lifestyle dalam operasi mereka secara menyeluruh. Sasaran utama mereka termasuklah:

  • mencapai sisa sifar dalam pengeluaran produk
  • memperjuangkan pemerkasaan wanita menerusi siri Kao School of Confidence yang disokong oleh 3 jenama Kao iaitu Biore, Liese dan Laurier.
Komen