Nampaknya, anda kini tidak lagi perlu berbelah bahagi sama ada ingin mendapatkan secawan kopi yang lazat ataupun menikmati froyo yang segar untuk memulakan hari anda. Hal ini kerana, terdapat sebuah kedai dua-dalam-satu telah dibuka di TTDI yang menampilkan gabungan dua jenama F&B popular di Malaysia iaitu llaollao dan juga Gigi Coffee.
Dengan kehadiran dengan dua jenama di bawah satu bumbung, ia bukan sahaja memudahkan pengunjung untuk menikmati kedua-dua makanan dan minuman tanpa perlu bergerak jauh, tetapi juga menggalakkan lebih banyak jenama untuk tampil lebih versatile di dalam penawaran produk mereka.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke rangkaian unik ini, llaollao & GIGI Coffee @ TTDI ini terletak di 16, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Waktu operasinya bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.
Selain itu juga, tahukah anda bahawa llaollao juga telah membuka cawangan pertama mereka di Perlis? Khusus untuk peminat llaollao di Perlis, kedai froyo ini telah memilih lokasi Kangar di alamat No.16, Ground Floor, Jalan Kangar Jaya 4, Off Jalan Tuanku Syed Putra Kangar Jaya.
Bagi yang tidak mengenaloi llaollao, ia adalah jenama francais yogurt beku Sepanyol yang diasaskan di Denia, Sepanyol. Ia menawarkan aiskrim yang diperbuat daripada susu skim dan digabungkan dengan pilihan topping yang variasi termasuk buah-buahan, bijirin dan juga pelbagai jenis sos.
Sumber gambar: Shazni Shazwani