Carian
Cosmic Cookware Menambah Warna Baharu ‘Blue Pea’ Untuk Koleksi Periuk Seramik
July 11, 2023 Lina Rosli

Memilih dan mendapatkan alatan memasak yang bersesuaian dengan keperluan dan mempunyai nilai estetika yang tinggi merupakan sesuatu yang mungkin sukar untuk ditemui. Namun, terdapat satu jenama yang mungkin boleh mengubah pengalaman memasak anda ke arah yang lebih praktikal iaitu Cosmic Cookware.

Dicipta dengan teliti dan direka dengan ciri yang indah, Cosmic Cookware dilihat menambah satu lagi warna baharu edisi terhad untuk koleksi periuk seramik mereka – iaitu warna Blue Pea.

Dengan penambahan warna baharu ini, anda boleh memadankannya dengan rekaan dalaman rumah dan dapur anda di samping menjadikan pengalaman memasak anda lebih menarik.

Untuk peralatan dari Cosmic Cookware, ia menggunakan bahan yang bebas daripada bahan kimia seperti teflon, PFOA, kadmium dan plumbum. Selain itu, ia turut direka bentuk secara estetik sesuai untuk dapur idaman para individu.

Antara koleksi yang ditawarkan termasuklah Cosmo Pan, iaitu kuali ajaib yang boleh digunakan untuk menyediakan makanan secara pantas. Menampilkan saiz diameter 28cm, ia boleh dikatakan cukup besar untuk digunakan sewaktu menyediakan pelbagai jenis hidangan.

Selain itu, Cosmic Cookware turut menyediakan Cosmo Casserole yang merupakan alatan memasak jenis periuk dengan tapak yang lebih luas dan dinding yang lebih pendek, menjadikannya lebih sesuai untuk masakan rumah. Ia juga datang dengan dua pemegang pendek pada kedua-dua belah untuk pemindahan periuk yang mudah dan seimbang. Cosmo Casserole juga selamat untuk pembakaran di dalam ketuhar sehingga 230° C.

Untuk mendapatkan barangan dari Cosmic Cookware, ianya boleh mula dibeli di laman rasmi Cosmic Cookware bermula hari ini pada harga sekitar RM169 hingga RM199 bagi setiap satu barangan. Atau anda juga boleh mendapatkan set Kosmo lengkap bernilai RM767 per set.

Komen