Jenama Heaven and Earth Kini Dikenali Sebagai FUZE TEA – Ditukar Secara Berperingkat Dan Bakal Selesai Pada Hujung Ogos 2023
Lina Rosli
Jenama teh sedia untuk diminum tempatan “Heaven and Earth” oleh Coca-Cola telah memulakan peralihannya untuk menggunakan nama jenama global pada Mei 2023. Ia kini dikenali sebagai FUZE TEA oleh Heaven and Earth. Peralihan ini dijangka selesai pada penghujung Ogos 2023.
Bagi yang tidak mengetahui, FUZE TEA merupakan perintis jenama minuman global yang terkenal dengan minuman berasaskan teh yang inovatif dan lazat. Di pasaran, antara produk FUZE TEA yang menarik termasuklah varian sedia untuk diminum yang menggabungkan dua teh dalam satu minuman iaitu “Teh Hijau Jasmine dan Teh Lemon”.

Menurut FUZE TEA, pembuatan minuman ini telah melalui proses semula jadi yang dihasilkan melalui proses bancuhan sebenar dan tanpa penambahan bahan pengawet. Produk tersebut mempunyai rasa yang unik dan tersendiri, membezakannya daripada minuman teh tradisional lain, dan sesuai untuk memenuhi citarasa penggemar teh, baik yang berpengalaman mahupun baru.
Sempena pelancaran penjenamaan semula produk ini di Malaysia, FUZE TEA ingin menjemput rakyat Malaysia untuk mencuba formulasi Teh Hijau Jasmine dan Teh Lemon baharu ini dengan mengambil bahagian dalam percubaan pensampelan percuma di pasar raya, kedai serbaneka, dan kedai runcit terpilih pada Julai 2023.

Untuk anda yang menggemari penawaran minuman teh yang lain, berikut adalah beberapa rangkaian produk FUZE TEA yang boleh anda cuba:
- Teh Hijau Jasmine
- Teh Lemon
- Markisa
- Mangga
Untuk fleksibiliti tambahan, jenama itu menawarkan teh dalam botol dan tin yang sedia untuk diminum. Bagi yang ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Coca-Cola Malaysia.