Carian
Sunsilk Dengan Kerjasama Tealive Dan Watsons Memperkenalkan Pilihan Syampu Baharu – Sunsilk Natural Honey & Passion Fruits
July 12, 2023 Lina Rosli

Menjadi antara salah satu jenama penjagaan diri kegemaran para wanita, nampaknya Sunsilk kini bergerak aktif dalam menampilkan pelbagai inovasi baharu menerusi penawaran produk terbaru mereka iaitu Sunsilk Natural Honey & Passion Fruits.

Menggunakan bahan-bahan semula jadi dan juga bersesuaian untuk cuaca di Malaysia, Sunsilk boleh ditambah di dalam senarai pembelian anda di bawah kategori penjagaan diri. Hal ini kerana, Sunsilk Natural Honey & Passion Fruits ini dirumus khusus mengurangkan pengumpulan sebum sewaktu cuaca panas.

Selain itu, Sunsilk Natural Honey & Passion Fruits juga dilengkapi dengan Madu Asli dan Buah Markisa diekstrak secara semulajadi dengan 0% paraben bagi membantu menghidratkan dan menyegarkan rambut anda dengan teliti.

Untuk pengetahuan anda, madu secara semula jadi mengunci kelembapan pada rambut anda sekaligus mengekalkan kehidratan kulit kepala dan rambut anda terhidrat secara menyeluruh. Di tambah lagi dengan, buah markisa yang penuh dengan vitamin dan antioksidan, syampu ini bukan sahaja dapat memastikan rambut anda sentiasa segar, tetapi turut wangi sepanjang hari.

Bagi anda yang ingin mendapatkan syampu baharu daripada Sunsilk, anda kini boleh mendapatkannya sama ada di pasaraya berdekatan anda, ataupun lakukan pembelian secara atas-talian sama ada di Shopee, Lazada dan banyak lagi.

Komen