Tealive X Sunsilk Menampilkan Siri Minuman Baharu Fresh Fruit Cooler – Buah Markisa Dan Laici

July 12, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

​Kini, anda boleh memadankan minuman baharu daripada Tealive dengan gaya harian anda menerusi siri minuman Fresh Fruit Cooler. Menampilkan warna-warna ceria seperti warna kuning dan warna tanah, anda kini boleh menjadi lebih trendy bersama Tealive dan Watsons.

Sewaktu di acara pelancaran produk baharu Sunsilk baru-baru ini, Tealive juga tidak ketinggalan dalam memperkenalkan produk mereka iaitu Tealive X Sunsilk. Kolaborasi ini menampilkan 3 pilihan minuman yang boleh nikmati iaitu:

  • Lychee Smoothie with Honey And Passionfruit Jelly
  • Sparkling Honey Lemon with Aloe Vera
  • Mango Passionfruit Smoothie with Honey Passionfruit Jelly

Ketiga-tiga pilihan minuman ini boleh mula didapatkan di rangkaian Tealive berdekatan anda. Sama ada anda boleh melakukan pesanan secara atas talian di Grab Food, Foodpanda dan Shopee Food atau anda boleh berkunjung ke rangkaian fizikal Tealive bermula hari ini.

Bagi yang berminat, harga jualan yang ditawarkan adalah bermula RM10.30 untuk pesanan minuman asas.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd