Carian
Honda WR-V – Model SUV Kecil Baharu Honda Menampilkan 4 Pilihan Varian S, E, V Dan RS Pada Harga Bermula RM 89K
July 13, 2023 Lina Rosli

Honda Malaysia mengumumkan pengenalan kenderaan SUV kecil atau small SUV, kereta 4 tempat duduk baharu yang dikenali sebagai Honda WR-V untuk pasaran Malaysia.

Serba sedikit tentang model terbaru daripada Honda ini, WR-V menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VITEC yang menghasilkan kuasa maksimum 121PS dan tork sehingga 145Nm. Ia juga diintergrasikan dengan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) dan teknologi tukaran G-Design yang menjadikan penjimatan minyak dan prestasi luar biasa sepanjang pemanduan.

Menurut Honda, model WR-V ini dilihat akan memenuhi keperluan pelanggan yang tinggal di kawasan bandar yang memerlukan kereta yang selesa untuk dipandu (fun to drive) di samping menginginkan pengalaman pemanduan yang terasa premium (premium feel). Dan dengan itu, Honda WR-V hadir dengan penawaran kereta dengan kapasiti penumpang yang banyak tetapi masih mengekalkan ciri mewah untuk kedua-dua rekaan luaran dan dalamannya.

Untuk model WR-V, Honda telah hadir dengan penampilan 4 varian yang berbeza iaitu RS, V, E dan S. Kesemuanya (kecuali varian S) dilengkapi dengan penawaran sistem Honda SENSING generasi baharu yang telahpun digunakan pada model Honda City dan Honda City Hatch sebelum ini.

Menerusi penggunaan Honda SENSING generasi baharu pada model WR-V, ia dijangka akan memberikan ketenangan fikiran kepada pemandu di sepanjang pengendalian kenderaan. Antara kelebihan Honda SENSING termasuk membantu kenderaan berada di dalam lorong yang betul sepanjang masa menerusi sistem LKAS, atau menawarkan pemanduan lancar untuk perjalanan jarak jauh menggunakan sistem ACC. Ciri-ciri lain yang menarik termasuklah:

  1. Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification)
  2. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  3. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  4. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  5. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  6. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
  7. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
  8. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)

Dan apa yang menarik, berdasarkan perkongsian wakit R&D dari Honda juga, sistem pelaras lampu hadapan (headlight adjuster) yang ditampilkan pada Honda WR-V adalah eksklusif untuk pasaran Malaysia.

Berdasarkan penampilan terbaru WR-V, perbezaan yang ketara yang boleh dilihat pada kesemua varian adalah penggunaan warna merah yang lebih vibrant sebagai esen pada rekaan dalaman terutama pda aksesori dan benang (stich) serta rim yang lebih sporty pada varian RS. Manakala rekaan yang lebih minimal dan modest ditampilkan pada kesemua varian lain (V,E dan S).

Melengkapkan penampilan reka bentuk papan pemuka baharu yang merangkumi petak storan serta menggunakan meter TFT 7-inci yang mana pemandu boleh mengakses maklumat kereta dengan lebih jelas berserta sokongan keselamatan yang lebih baik semasa di jalan raya.

Bagi yang berminat, Honda WR-V ini boleh didapati dalam 5 pilihan warna yang elegan iaitu Ignite Red Metallic, Crystal Black Pearl, Meteoroid Gray Metallic, Platinum White Pearl dan warna terbaru Honda adalah Stellar Diamond Pearl.

Dan dari segi harga pula, Honda menampilkan penawaran harga yang mampu milik untuk kesemua model iaitu:

  • Honda WR-V 1.5L RS – RM107,900
  • Honda WR-V V – RM99,900
  • Honda WR-V E – RM95,900
  • Honda WR-V S – RM89,900
Komen