Carian
Sebanyak 2,500 Unit Honda WR-V Telah Ditempah Sejak Jun 2023 – 43% Daripadanya Adalah Varian RS
July 13, 2023 Lina Rosli

Berita baik untuk penggemar Honda Malaysia, jenama ini menjangkakan durasi menunggu bagi kesemua unit WR-V yang telah dipra-tempah akan mengambil masa sekitar 2 hingga 3 bulan.

Ini adalah berdasarkan perkongsian wakil pemasaran daripada Honda Malaysia yang menyatakan bahawa sejak daripada tempoh pembukaan pra-tempah, mereka telah menerima sebanyak 2,500 unit tempahan untuk model Honda WR-V.

Dan sekitar 43% daripada unit WR-V yang ditempah adalah daripada varian 1.5L DOHC i-VITEC RS, sementara 38% adalah varian V, 12% varian E dan selebihnya adalah varian S. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, Honda menjangkakan 60% daripada jumlah tempahan seterusnya adalah datang dari varian RS.

Selain itu, pihak Honda juga turut menjangkakan sebanyak 1,300 unit tempahan akan mula diterima setiap bulan sejurus pelancaran model ini lakukan di seluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan anda juga, pada tahun 2022, Honda Malaysia telah mencatatkan sebanyak 80,290 unit kenderaan terjual dengan peningkatan 51% daripada jumlah jualan pada 2021. Jumlah jualan itu mewakili 11.1% daripada Jumlah Volume Industri (TIV) pada 2022.

Komen