Tidak dinafikan bahawa sarapan merupakan hidangan paling penting sebelum memulakan hari anda. Ini kerana, sarapan dapat memberikan tenaga yang cukup untuk memulakan hari dengan baik dan membantu menjaga kesihatan tubuh. Malah, banyak kajian telah menunjukkan bahawa sarapan yang seimbang dapat memberikan banyak manfaat kepada tubuh manusia.

Apabila sebut tentang sarapan juga, bagi kebanyakan negara, di dalam setiap tempahan hotel yang disenaraikan, mereka akan menawarkan pilihan untuk mengambil atau tidak mengambil sarapan kepada tetamu.

Cerapan Agoda mendedahkan bahawa sejak dua bulan lalu pelancong dari Taiwan adalah yang paling mungkin menempah penginapan dengan sarapan pagi. Hampir separuh (46%) pelancong dari Taiwan memilih untuk memasukkan sarapan pagi, diikuti rapat oleh pelancong Vietnam (43%) dan pengembara India (42%).

Di sisi lain, data Agoda memperlihatkan tabiat pelancong daripada beberapa negara dengan seperti Korea Selatan (29%), Jepun (27%), dan Malaysia (23%), masing-masing berada di kedudukan 8, 9, dan 10 pada jadual populariti keperluan sarapan pagi.

Apabila membandingkan perjalanan domestik dengan perjalanan luar negara, Agoda mendapati pelancong dalam perjalanan antarabangsa lebih cenderung memilih keselesaan dan ketenangan fikiran. 37% pelancong antarabangsa memilih pilihan ‘termasuk sarapan’ di Agoda, berbanding 31% daripada mereka yang tinggal di dalam sempadan negara.

Terdapat banyak faktor untuk menentukan populariti ‘termasuk sarapan’ semasa menempah penginapan. Ia selalunya melibatkan fleksibiliti untuk membuat sebarang perubahan keputusan saat akhir dan juga penjimatan yang diperoleh sekiranya memilih sarapan bersama dengan tempahan hotel.

Melihat kepada destinasi tertentu, data Agoda mendedahkan bahawa sarapan dipilih lebih kerap untuk perjalanan ke Vietnam, diikuti oleh Taiwan (#2) dan Filipina (#3).

Dan destinasi yang paling kurang mendapat tempahan bufet sarapan adalah seperti di Jepun (#7), Malaysia (#8) dan Singapura (#9). Di kedudukan paling kurang popular pula adalah Korea Selatan (#10), di mana hanya 1 dalam 10 pelancong akan memilih servis ‘termasuk hidangan pagi’ dalam tempahan hotel mereka.