Carian
McD Indonesia Hadir Dengan Servis Katering Perkahwinan – Tempahan Minimum 200 Burger Dan McNugget
July 14, 2023 Lina Rosli

McDonald’s Indonesia dilihat telah berkongsi di media sosial mereka yang mana mereka kini mula menawarkan pelbagai pakej tempahan menarik untuk perkahwinan.

Menurut laman Instagramnya, servis katering McD ini menawarkan kepada pasangan pelbagai pilihan pakej untuk menghidangkan item dari menu McDonald’s yang popular termasuk nuget ayam dan burger.

Pakej itu berharga 3.5 juta rupiah Indonesia sekitar nilai RM1060 di Malaysia. Untuk katering McD ini, individu boleh melakukan tempahan minimum sekurang-kurangnya 100 bungkus Burger Ayam dan 100 paket McNuggets 4 ketul.

Menurut laporan media, ini bukan kali pertama kami melihat McDonald’s menawarkan pakej perkahwinan kepada pelanggannya. Pada 2011, CNBC melaporkan bahawa McD Hong Kong mula menawarkan pakej perkahwinan kepada pelanggan, mengenakan bayaran HK$1,300 untuk acara yang dipenuhi sepenuhnya di salah sebuah restorannya. Penawaran ini lengkap dengan goody bag yang diisi dengan mainan dan pek pai epal yang berfungsi sebagai kek perkahwinan.

Di Malaysia, terdapat perkongsian individu yang mengatakan McD Malaysia mula menawarkan servis katering juga. Namun, ia tidak diuar-uarkan secara eksklusif oleh pihak McD Malaysia lagi buat masa ini.

Komen