Rumah Fesyen Dan Wangian Paco Rabanne Dijenamakan Semula – Hanya Menggunakan Nama ‘Rabanne’

July 14, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Rumah fesyen dan wangian Paco Rabanne telah menjenamakan semula dirinya menjadi Rabanne. Penjenamaan semula ini merupakan satu langkah yang dilaksanakan seiring dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-60.

Menurut Rabanne juga, penjenamaan semula ini turut dipengaruhi gaya hidup individu masa kini yang tidak hanya menunggu sesebuah jenama menawarkan sesuatu kepada mereka. Tetapi lebih mencari produk dan barangan yang relevan dan up-to-trend pada masa kini.

Tambah jenama itu lagi, industri fesyen dan kecantikan kini turut bercambah dengan pesat. Jadinya, dengan penjenamaan semula jenama mereka, ia sekaligus dapat membentuk masa depan baharu yang menggabungkan fesyen dan kecantikan sebagai ikon dan gaya hidup yang tersendiri.

Berdasarkan logo bahary Rabanne yang digunakan di laman web rasmi mereka, jenama berkenaan ini menggunakan tipografi minimalis dengan penggunaan huruf kecil bagi perkataan ‘rabanne’. Tambah jenama itu juga, ciri tipografi baharu yang digunakan dalam penjenamaan semula mendapat inspirasi daripada wangian pertama jenama, Calandre, yang diperkenalkan pada tahun 1969.

Selain itu, Rabanne turut menggunakan siluet “R” untuk mengetengahkan elemen yang tampak moden tetapi berani dan tegas apabila Rabanne memulakan perjalanan baharunya dengan penjenamaan semula.

Selain daripada penawaran item fesyen dan juga wangian, baru-baru Rabanne turut telah memasuki kategori produk yang baharu iaitu kosmetik. Dengan ini, ia dapat dilihat yang mana Rabanne kini mula memperluaskan ekosistem produk mereka dan tidak hanya tertumpu kepada dua kategori sahaja.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd