Carian
Tahukah Anda Baskin Robbins Telah Hadir Dengan 1,000 Perisa Aiskrim Berbeza Sejak Ia Ditubuhkan Pada Tahun 1945?
July 14, 2023 Lina Rosli

Bagi anda yang menggemari aiskrim daripada Baskin Robbins, tahukah anda bahawa jenama aiskrim popular ini telahpun menawarkan sekitar 1,000 variasi perisa aiskrim yang berbeza sejak ia pertama kali jenama ini ditubuhkan pada tahun 1945?

Menurut Baskin Robbins, perisa paling laris dan digemari pengguna adalah perisa seperti Mint Chocolate Chip dan Pralines ‘n Cream. Dan tidak berhenti di situ, sehingga kini, jenama aiskrim popular ini terus konsisten memperkenalkan kombinasi rasa baharu yang menarik selain turut menambah produk baharu seperti kek aiskrim istimewa yang kini menjadi pilihan kebanyakan individu.

Bercakap mengenai penawaran produk yang unik lagi, bersempena sambutan kemerdekaan yang bakal berlangsung pada bulan Ogos 2023, Baskin Robbins dilihat mula memperkenalkan dua produk baharu yang diolah mengikut citarasa tempatan, iaitu ais kisar Cendul Blast dan juga Bandung Blast.

Menurut Baskin Robbins, kedua-dua perisa ini menawarkan rasa yang ikonik dan unik selain turut menggambarkan elemen tempatan seperti gula melaka dan juga bunga ros.

Untuk pengetahuan anda juga, Baskin Robbins juga baru-baru ini turut menjenamakan semula logo mereka yang mana ia kembali dengan gabungan warna awal mereka iaitu merah jambu (merujuk kepada perisa ceri) dan juga coklat (merujuk kepada perisa coklat). Selain itu, mereka turut menggunakan jenis tipografi baharu yang lebih tegas dan elegan jika dibandingkan dengan muka taip terdahulu.

Komen