Carian
Barbie X Milliot & Co. – Dapatkan Dari Sandal, Cermin Mata Hingga Beg Tote Edisi Terhad Pada Harga Bermula RM39
July 17, 2023 Lina Rosli

Musim demam Barbie sudah tiba, dan nampaknya jenama fesyen tempatan Milliot & Co. sudah bersiap sedia untuk menarik perhatian ramai individu menerusi koleksi kolaborasi menarik mereka bersama Barbie iaitu Barbie By Milliot & Co..

Di dalam koleksi ini, Milliot & Co. dilihat memfokuskan kepada rekaan yang minimalis di samping mengekalkan identiti ikonik Barbie menerusi penggunaan logo ‘B’ dan juga warna kegemaran Barbie. Dengan ini, individu dijangkakan masih dapat kekal bergaya rekaan yang estetik di samping menyerlahkan gaya Barbie dalam rutin harian.

Untuk koleksi Barbie by Milliot & Co. juga, ia hadir dengan corak dan reka bentuk yang mengimbas semula nostalgia jenama Mattel dalam gabungan sempurna fesyen dahulu dan masa kini. Di dalam koleksi ini, ia menampilkan beg tangan, beg tote, beg kanvas, selipar dan tikar yang mana pada setiap item ini, ia menampilkan tipografik Barbie yang unik.

Dari segi warna juga, ia diinspirasikan oleh warna yang cerah dan feminin, yang mana ia sangat sesuai dalam menyuntik aura kewanitaan lembut kepada individu. Melengkapkannya adalah penggunaan fabrik baldu lembut untuk sandal biasa.

Buat masa ini, harga jualan kesemua produk ini ditawarkan pada harga yang mampu milik iaitu sekitar RM39 hingga RM359 bergantung kepada jenis produk. Untuk mendapatkanyya, kunjungi ke laman rasmi Milliot & Co. untuk mengetahui status terkini mengenai penawaran mereka.

Komen