Carian
The Coffee Bean & Tea Leaf Mula Memperkenalkan Kiosk Ekspres – Lokasi Pertama Terletak Di Caltex Jalan Tun Razak
July 21, 2023 Lina Rosli

Kini, The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) memperluaskan lagi penawaran mereka menerusi pengenalan kiosk ekspres. Jenama kopi kegemaran ramai ini memilih Caltex Jalan Tun Razak sebagai lokasi pertama mereka dalam menawarkan servis pembelian kopi secara langsung di stesen minyak.

Berdasarkan perkongsian CBTL, walaupun ia diperkenalkan sebagai kioks ekspres, namun, jenama ini masih mengekalkan konsep rekaan dalaman yang moden dan minimalis, sama seperti rangkaian fizikal mereka yang lain.

Dan apa yang membezakannya dengan cawangan kafe CTBL adalah saiz keseluruhan kiosk yang kecil selain turut mempunyai ruang rehat yang terhad. Namun, untuk penawaran hidangan minuman dan makanan di dalam menu masih lagi sama seperti kedai biasa.

Menurut CBTL, dengan kehadiran kiosk ekspres ini, ia bukan sahaja memudahkan penggemar minuman mereka mendapatkan air minuman dan makanan dengan lebih pantas, tetapi juga turut membantu memperluaskan capaian mereka untuk memperoleh peminat kopi yang baharu.

Selain itu, disebabkan kiosk ekspres ini dibuka di stesen minyak, waktu operasi mereka juga adalah lebih panjang iaitu bermula jam 7 pagi sehingga 11 malam.

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai lokasi seterusnya untuk kiosk ekspres The Coffee Bean & Tea Leaf. Namun, ia dijangka akan diperluaskan lagi dalam masa terdekat.

Komen