Secret Recipe Memperkenalkan Kek Keju Lotus Biscoff – Dijual Pada Harga RM142 Untuk Satu Kek Penuh

July 24, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Secret Recipe kini menambah satu lagi menu baharu untuk barisan Signature Cakes mereka iaitu, Kek Keju Lotus Biscoff.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, kek ini menggabungkan keju sejuk berkrim bersama-sama dengan sos ganache yang pekat dan kemudiannya dilengkapi dengan taburan mewah biskut Biscoff pada bahagian atas kek.

Sesuai untuk anda yang menggemari rasa kek yang manis dan berlemak, ciptaan lazat ini bersedia untuk memikat selera dan memikat hati penggemar kek di seluruh negara.

Sebagai tambahan terbaharu kepada koleksi Kek Signature Secret Recipe yang dihormati, Keju Lotus Biscoff telah direka dengan teliti oleh pakar-pakar berbakat Secret Recipe, menggunakan hanya bahan-bahan terbaik. Hasilnya ialah kek yang menawarkan tekstur cheesy yang unik dengan gigitan pejal yang memuaskan.

Menurut Secret Recipe, kek Keju Lotus Biscoff atau dipanggil sebagai Lotus Biscoff Cheese merupakan pilihan yang tepat untuk anda yang sedang mencari menu kek yang ideal untuk perayaan. Bukan itu sahaja, kek ini juga hadir dengan gabungan karamel, rempah ratus dan semua bahan yang menarik ini khusus buat penggemar hidangan kek yang unik.

Untuk anda yang ingin mendapatkan Keju Lotus Biscoff, harga jualan bagi kek ini adalah:

  • Di Semenanjung Malaysia, harga bagi satu kek adalah RM155.40 (jika makan di kedai) dan RM142.00 (untuk servis bawa pulang), manakala sepotong boleh dinikmati dengan harga RM14.10 (makan di kedai) dan RM12.90 (bawa pulang).
  • Pelanggan di Langkawi boleh menikmati satu kek pada harga RM147.35 (makan di kedai) dan RM133.95 (bawa pulang), dengan sepotong kek berharga RM13.40 (makan di kedai) dan RM12.15 (bawa pulang).

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan segera Kek Keju Lotus Biscoff di cawangan Secret Recipe berdekatan anda hari ini dan rasai gabungan sempurna antara keju dan karamel Lotus Biscoff.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd