Tealive Menawarkan Minuman Pada Harga RM6 Secawan – Promosi Istimewa Sempena PRN 6 Negeri
July 24, 2023
Uncategorized
Lina Rosli
Rangkaian minuman teh mutiara kegemaran ramai, Tealive, kini sudah mula hadir dengan promosi istimewa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos 2023 di 6 buah negeri iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Bermula 24 Julai (hari ini) sehingga 13 Ogos 2023, anda boleh mendapatkan minuman Tealive terpilih pada harga RM6 secawan menerusi pesanan secara atas-talian di dalam aplikasi Tealive.

Untuk mendapatkan minuman pada harga RM6, anda hanya perlu memasukkan kod PRN6 untuk sewaktu anda ingin melakukan proses pembayaran.
Antara minuman yang ditawarkan diskaun adalah:
- Signature Coco
- Hazelnut Milk Tea
- Sparkling Mango/Passion Fruit Tea with 3Q Jelly
- Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea
- Bang Bang Milk Tea
- Signature Coffee