Carian
Kemaskini Menarik Pada Samsung Galaxy Z Flip5 Dan Fold5 – Skrin Luar Lebih Besar, Engsel Yang Tertutup Rapat
July 26, 2023 Lina Rosli

Sudah memasuki tahun kelima pelancaran siri Samsung Galaxy Z untuk pasaran global, tahun ini, tahun 2023, Samsung tidak terlepas dalam memperkenalkan model baharu mereka iaitu Samsung Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5.

Menjadi antara pengeluar peranti boleh lipat yang konsisten dengan inovasi, Samsung telah menampilkan beberapa penambahbaikan serba baharu dari segi rekaan skrin hadapan, penggunaan sensor kamera yang lebih baik, sokongan IPX8, dilengkapi bingkai Aluminium Armor dan Corning Gorilla Glass Victus 2 serta struktur dwi-rel serba baharu.

Menarik bukan? Sekiranya anda ingin mengetahui apakah inovasi yang ditampilkan oleh Samsung pada kedua-dua Samsung Galaxy Flip5 dan Fold5, Tajria kali ini akan berkongsikan kepada anda senarai kemaskini yang ditawarkan oleh Samsung untuk pada acara kali ini.

Penawaran Skrin Luar Yang Lebih Besar

Kemaskini terbesar Samsung untuk model Samsung Galaxy Flip5 kali ini adalah penawaran skrin luar yang lebih besar iaitu 3.4-inch Super AMOLED dengan kadar segar semula 60Hz. Jika dibandingkan dengan sebelum ini, saiz skrin Samsung Galaxy Flip4 hanya sebesar 1.9-inci sahaja.

Dengan adanya saiz skrin yang besar, nampaknya pengalaman penggunaan Samsung Galaxy Flip5 nampaknya adalah lebih maksima. Anda bukan sahaja anda boleh menatal notifikasi dengan lebih sempurna, tetapi juga melakukan balasan mesej dengan lebih mudah.

Engsel Baharu Yang Tertutup Rapat

Jika anda pernah melihat model Z Flip3 dan Flip4 sebelum ini, Samsung nampaknya membawakan perubahan pada bahagian engsel dan binaan peranti yang mana ia hadir dengan engsel yang lebih nipis dan sekaligus menjadikan peranti boleh tertutup rapat.

Jadinya, anda tidak lagi perlu risau akan kemasukan bendasing di dalam rongga antara skrin. Selain itu, ia sekaligus membuatkan tangan rasa lebih selesa sewaktu memakai dan memegangnya di tangan.

Tambahan lagi, Samsung turut mengekalkan kemasan yang kurang berkilau seperti tahun lalu yang mana Samsung Galaxy Z Flip5 kini kelihatan lebih moden selain turut mengurang risiko peranti tampak kotor lebih cepat.

Sensor Kamera Yang Lebih Baik

Seterusnya untuk kamera pula, sedikit penambahbaikan telah ditawarkan oleh Samsung yang mana untuk model Z Flip5 yang mana mereka kini menggunakan sensor yang lebih besar yang mana sesuai untuk penggambaran nightography untuk hasil rakaman gambar yang lebih terang.

Walau bagaimanapun, spesifikasi lensa yang diberikan masih lagi sama seperti model Z Flip5 iaitu kamera utama 10-megapixel + 12-megapixel + 12-megapixel dengan kemampuan zum optikal 3x. Manakala untuk kamera swafoto pula menampilkan lensa 12-megapixel.

Untuk Samsung Z Fold4 pula, Samsung telah mempertingkatkan kelebihan zum sehingga 30X zum space, 3x zum optikal berbanding 30x untuk model yang lepas dan juga 30x zum digital yang dikuasakan oleh teknologi AI Super Resolution. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa mod-mod rakaman yang menarik turut dikemaskini berdasarkan keperluan pengguna.

Cip Berkuasa Dan Bateri Yang Lebih Tahan Lama

Sama juga seperti siri yang keempat, Samsung Galaxy Z tahun 2023 juga menggunakan cip Exynos dan kali ini mereka membawakan cip yang lebih berkuasa iaitu Snapdragon 8+ Gen 2 yang mana cip ini merupakan pemproses yang paling berkuasa untuk peranti Android pada masa kini.

Dengan penawaran cip ini, nampaknya pengguna tidak perlu risau akan prestasi peranti lebih-lebih lagi sekiranya anda perlu melakukan banyak tugasan pada peranti secara serentak.

Melengkapkan Samsung Galaxy Z Flip5 adalah kehadiran bateri yang lebih tahan lama iaitu 3,700mAh sama seperti model sebelum ini serta turut membawakan pengecasan pantas 25W yang boleh mengecas meningkat kepada 50% kapasiti bateri dan Fast Wireless Charging 2.0.

Untuk Samsung Galaxy Z Fold5 adalah kehadiran bateri yang lebih tahan lama iaitu 4,400mAh yang juga membawakan pengecasan pantas 25W yang boleh mengecas meningkat kepada 50% kapasiti bateri dan Fast Wireless Charging 2.0.

Taskbar Yang Memudahkan Perlaksanaan Multi-Tasking

Taskbar merupakan ciri yang penting untuk peranti boleh-lipat Z Fold5. Dan untuk model kali ini, Samsung telah mengemaskini sokongan taskbar yang membenarkan pengguna untuk tarik dan letak terus kepada halaman skrin utama untuk melakukan tugasan multi-tetingkap (multi-window).

Tidak ketinggalan, Galaxy Fold5 juga menampilkan App Continuity kepada pelbagai ciri termasuk Taskbar, yang memboleh anda seret dan lepas serta pengoptimuman aplikasi pihak ketiga.

Samsung turut membawakan S Pen yang telah diperhalusi untuk memberikan pengalaman penulisan yang unggul pada Galaxy Z Fold5. Ciri dan alatan ini disatukan untuk menyampaikan produktiviti yang berkuasa pada skrin besar dan membolehkan pengguna menyelesaikan tugas penting dari mana-mana sahaja.

Tidak Lagi Menawarkan Variasi Bespoke

Tidak seperti tahun lepas, Samsung nampaknya kali ini tidak menawarkan penawaran model Bespoke kepada pengguna. Ini berkemungkinan besar Samsung ingin fokus kepada penawaran sedia ada kerana untuk model Samsung Z Flip5, jenama ini telah hadir dengan pilihan warna yang lebih banyak iaitu:

  • Mint
  • Graphite
  • Cream
  • Lavender
  • Gray (khusus untuk pembelian di Samsung.com)
  • Blue (khusus untuk pembelian di Samsung.com)
  • Green (khusus untuk pembelian di Samsung.com)
  • Yellow (khusus untuk pembelian di Samsung.com)

Sementara untuk Samsung Galaxy Z Fold5 pula, pilihan warna yang ditawarkan adalah:

  • Icy Blue
  • Phantom Black
  • Cream
  • Gray dan Blue untuk pembelian eksklusif di Samsung.com

Bagi anda yang berminat untuk kedua-dua Samsung Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5 boleh didapati pada harga yang boleh didapati bermula 18 Ogos 2023.

  • Samsung Galaxy Z Flip5 RM4499 (8/256GB)
  • Samsung Galaxy Z Flip5 RM4999 (8/512GB)
  • Samsung Galaxy Z Fold5 RM6,799 (12/256 GB)
  • Samsung Galaxy Z Fold5 RM7,299 (12/512 GB)
  • Samsung Galaxy Z Fold5 RM8,299 (12/1TB)

Khusus buat pembaca Tajria, gunakan kod promosi AZGALAXY sewaktu membeli Galaxy Fold5 bagi menerima diskaun RM400 yang mana tawaran ini terhad sementara stok masih ada.

Anda juga boleh merebut diskaun RM200 untuk pembelian Samsung Galaxy Z Flip5 dengan menggunakan kod promosi AZGALAXY sewaktu melakukan pembelian. Ia juga terhad sementara stok masih ada.

Komen