Carian
‘Big Daddy’, Ketam Dengan Saiz Kaki Paling Panjang Di Dunia
July 25, 2023 Lina Rosli

Ketam labah-labah Jepun yang dikenali sebagau “Big Daddy” merupakan krustasea dengan kaki terpanjang di dunia. Untuk pengetahuan anda, krustasea ini mempunyai saiz badan berukuran 3.11 meter (10 kaki 2.5 inci). Dan kakinya pula berukuran 1.43 m (4 kaki 8.5 inci).

Krustasea ini dijumpai oleh Sea Life di pasar Jepun pada tahun 2013. Ia pada awalnya ingin dibunuh dan dijual sebagai makanan. Namun, Sea Life berjaya menghalangnya dan membawanya terus ke England dan diletakkan di dalam tangki air sejuk Sea Life yang luas.

Namun, disebabkan faktor persekitaran yang tidak ideal untuk ketam labah-labah Jepun ini, Big Daddy hanya hidup sehingga tahun 2016, yang mana pada waktu itu ia berumur kira-kira 80 tahun.

Untuk pengetahuan anda, ketam Jepun ini secara umumnya merupakan ketam jenis omnivor yang mempunyai diet yang pelbagai. Mereka memakan alga dan bahan tumbuhan selepas mengikisnya dari dasar laut dengan kaki panjang mereka, yang juga mereka gunakan untuk mengungkit cengkerang moluska yang terbuka.

Selain daripada memakan alga, ketam Jepun ini juga turut bertindak sebagai pemangsa yang akan memakan ikan mati yang mereka jumpai.

Komen