Jika anda lihat di dalam pasaran produk susu, terdapat variasi pilihan produk yang kini boleh didapatkan oleh pengguna. Dan kini produk susu berasaskan tumbuhan antara salah satu kategori yang menjadi pilihan ramai kerana ia dipasarkan sebagai pengganti sedia untuk susu lembu pilihan tradisional.

Produk susu berasaskan tumbuhan hadir dengan pelbagai pilihan rasa sama ada yang diperbuat daripada biji, kekacang, legume, bijirin dan bahan-bahan lain. Namun, tahukah anda tidak semua pilihan susu tumbuhan itu diperkayakan untuk memenuhi tahap pelbagai ramuan pemakanan yang terkandung dalam tenusu?

Menurut kajian baru yang oleh American Society for Nutrition, pakar telah mengenalpasti 233 produk susu berasaskan tumbuhan daripada 23 pengeluar berbeza. Kajian itu turut menganalisis label pemakanan dan ramuan yang terkandung di dalam setiap produk susu berkenaan dan mendapati hanya 28 daripada minuman itu mempunyai lebih banyak atau lebih protein, vitamin D dan kalsium seperti susu lembu.

Kira-kira separuh daripada produk susu berasaskan tumbuhan diperkaya dengan vitamin D, dua pertiga daripadanya diperkaya dengan kalsium, dan hampir 20% mempunyai tahap protein yang serupa dengan susu lembu.

Tambah pakar juga, sememangnya tidak semua susu lembu sempurna tetapi jika pengguna menganggap susu berasaskan tumbuhan adalah pengganti satu-sama-satu untuk tenusu, kebanyakannya tidak.

Malah, susu berasaskan tumbuhan boleh menjadi bukan pilihan tenusu yang baik sekiranya pengguna tidak meneliti label pemakanan yang dilampirkan. Ini kerana susu yang diperbuat daripada pistachio, oat, walnut, hazelnut, badam, gajus, beras mempunyai kandungan nutrien yang berbeza.

Oleh itu, anda harus membaca label terlebih dahulu sebelum mengonsumsi mana-mana susu berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Sebagai contoh, sekiranya objektif anda adalah untuk mengurangkan pengambilan kalori, terdapat susu alternatif mengandungi kandungan kalori yang agak rendah kalori, dan jauh lebih rendah daripada susu rendah lemak yang biasa.

Atau jika individu mempunyai masalah lemak tepu yang tinggi, susu soya mempunyai jumlah asid lemak penting yang baik iaitu N-6 (omega-6) dan N-3 (omega-3) jika dibandingkan dengan lemak tepu tinggi dalam susu lembu. Oleh itu, susu soya akan memberi kesan yang lebih baik pada paras kolesterol darah dan mungkin lebih baik untuk risiko penyakit kardiovaskular.

Untuk pengetahuan anda, produk susu lembu mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi yang boleh meningkatkan pengeluaran lipoprotein berketumpatan rendah, atau kolesterol LDL (“buruk”), yang boleh terkumpul di dalam arteri dan sekaligus meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.