Carian
Samsung Galaxy Z Flip5 Menampilkan Flex Window Yang Ditambah Baik
July 27, 2023 Lina Rosli

Sekiranya anda gemar untuk memperibadikan peranti selari dengan gaya anda, nampaknya Samsung Galaxy Z Flip5 hadir dengan beberapa ciri dan fungsi menarik yang membantu anda mengekspres diri dengan lebih unik.

Ini termasuk penataan skrin hadapan yang boleh diubah-suai sama dengan kerangka luar peranti, penggunaan GIF sebagai paparan pada skrin utama, penawaran antaramuka yang pelbagai dan banyak lagi.

Berdasarkan perkongsian Samsung, model Galaxy Z Flip5 kini hadir dengan saiz skrin luar yang lebih besar iaitu sebesar 3.4-inci jika dibandingkan dengan model sebelum ini yang hanya mempunyai saiz skrin 1.9-inci sahaja.

Oleh sebab itu, dengan kehadiran saiz skrin luar yang lebih besar, anda boleh menghias atau memperibadikan keseluruhan peranti mengikut gaya anda menerusi ciri Flex Window.

Bagi yang tidak mengetahui, ciri Flex Window serba baharu kini menyediakan lebih banyak pilihan penyesuaian peribadi, termasuk jam grafik bermaklumat yang boleh dipadankan dengan reka bentuk muka dan bingkai siri jam tangan Galaxy Watch6.

Selain itu, Flipsuit Case turut diperkenalkan. Namun setakat ini tiada maklumat lanjut tentang pengenalannya untuk pasaran Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Flipsuit Case merupakan kerangka yang khas melindungi Galaxy Z Flip5 boleh dipadankan dengan reka bentuk Flex Window dengan pilihan kad NFC pelbagai corak, yang mana ia menawarkan lebih banyak pilihan pemperibadian untuk pengguna.

Menarik bukan? Bagi anda yang berminat untuk kedua-dua Samsung Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5 boleh didapati pada harga yang boleh didapati bermula 18 Ogos 2023.

  • Samsung Galaxy Z Flip5 RM4499 (8/256GB)
  • Samsung Galaxy Z Flip5 RM4999 (8/512GB)

Jangan ketinggalan untuk merebut diskaun RM200 bagi setiap pembelian Samsung Galaxy Z Flip5 dengan menggunakan kod promosi AZGALAXY sewaktu melakukan pembelian. Harus diingatkan, tawaran ini terhad sementara stok masih ada.

Komen