Carian
Apakah Yang Membuatkan Anda Kerap Terjaga Malam – Sekitar Jam 3 Pagi?
September 22, 2023 Lina Rosli

Pernahkah anda mengalami gangguan tidur dan sering terjaga pada pukul 3 pagi? Jika ya, pastinya anda akan mengalami kesukaran untuk kembali tidur dan situasi itu boleh menjadi pengalaman yang menjengkelkan.

Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya apa yang mungkin menyebabkan gangguan tidur dan bagaimana mereka perlu mendapatkan bantuan.

Bangun pada tengah malam atau awal pagi ini sebenarnya adalah perkara biasa. Satu kajian mendapati bahawa 35.5% orang bangun di tengah malam pada tiga atau lebih malam setiap minggu. Kajian serupa yang dijalankan di beberapa negara Eropah mendapati hampir satu pertiga orang bangun tiga atau lebih malam setiap minggu.

Walaupun tidak selalu mungkin untuk menentukan sebab tepat seseorang bangun pada pukul 3 pagi, memahami punca biasa gangguan tidur boleh membantu orang tidur dengan lebih nyenyak sepanjang malam.

Ketahui tentang pelbagai sebab seseorang mungkin mendapati diri mereka bangun pada pukul 3 pagi, serta petua untuk tidur yang lebih nyenyak dan masa untuk berunding dengan doktor.

Apakah Yang Membuatkan Anda Kerap Terjaga Malam – Sekitar Jam 3 Pagi?

Faktor utama yang menyebabkan anda kerap bangun pagi adalah disebabkan oleh gangguan persekitaran tidur seperti berlakunya bunyi bising waktu malam.

Bunyi bising ini merujuk kepada bunyi dari lalu lintas luar rumah, bunyi audio dari televisyen atau telefon bimbit ataupun bunyi-bunyi lain yang berlaku disekeliling anda.

Selain itu, pendedahan kepada cahaya sama ada daripada cahaya luar yang bersinar melalui tingkap atau cahaya malam yang malap juga boleh menyebabkan seseorang terjaga pada waktu malam.

Mengapa anda boleh tersedar atau terjaga dari tidur akibat gangguan persekitaran? Ini kerana apabila seseorang bergerak sewaktu fasa awal tidur, keseluruhan tubuh masih lagi berada di dalam keadaan tidur yang ringan. Dan dengan itu, seseorang dalam tidur ringan lebih mudah terjaga daripada bunyi persekitaran.

Faktor lain yang boleh menyebabkan anda terjaga dari tidur pada waktu malam termasuklah:

  • Keperluan untuk bangun ke tandas. Kadangkala, apabila seseorang bangun pada waktu malam mereka merasakan keperluan untuk membuang air kecil, yang disebut sebagai nokturia. Bagi kebanyakan orang, nokturia mungkin disebabkan oleh minum terlalu banyak air sebelum tidur, terutamanya kopi atau alkohol. Sementara kumpulan individu yang lain pula mengalami nokturia disebabkan oleh keadaan pundi kencing, masalah kencing atau keadaan kesihatan lain seperti apnea tidur obstruktif dan diabetes.
  • Insomnia. Individu yang mengalami insomnia mungkin menghadapi masalah dengan penyelenggaraan tidur, atau keupayaan untuk terus tidur sepanjang malam. Khususnya, terjaga pada waktu malam yang berlangsung selama 30 minit atau lebih adalah gejala utama insomnia.
  • Tekanan, kemurungan atau kebimbangan. Sesetengah orang lebih berkemungkinan mengalami tidur yang terganggu sewaktu mereka berada di dalam keadaan tertekan. Ciri ini dipanggil kereaktifan tidur dan ia boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah untuk tidur sepanjang malam. Menurut pakar, seseorang yang menghadapi salah satu antara 3 keadaan mental ini boleh membuatkan gangguan dan mengubah irama sirkadian tidur – jam badan dalaman yang mengawal jadual tidur-bangun.
Komen