Starbucks Signing Store Dibuka Di Borneo – Cawangan Ke-3 Selepas Bangsar Village II dan Burmah Road

July 28, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Tahukah anda bahawa Starbuck kini sudah mempunyai 3 cawangan Signing Store? Cawangan baharu bagi Starbucks Signing Store ini terletak di Vivacity Megamall yang merupakan cawangan pertama bagi Borneo.

Apa itu Starbucks Signing Store? Bagi yang tidak mengetahui, Signing Store merupakan inisiatif daripada Starbucks dalam menyediakan peluang pekerjaan untuk individu OKU yang pekak dan kurang Pendengaran dalam menjadi “rakan kongsi” sepenuhnya, sebuah jawatan yang merujuk kepada semua pekerja syarikat berkenaan.

Sebelum ini, cawangan Starbucks Signing Store pertama telah dibuka di Bangsar Village II, Kuala Lumpur pada tahun 2016. Ia kemudiannya diperluaskan ke lokasi baharu iaitu di Starbucks Signing Store Burmah Road di Pulau Pinang pada tahun 2020.

Di Starbucks Signing Store ini, apabila anda sampai di kaunter, anda akan melihat sesuatu yang tersendiri yang mana bermula daripada memanggil pesanan minuman sehingga ke proses penyediaan pesanan, para barista akan menggunakan bahasa isyarat.

Untuk meraikan pembukaan cawangan Starbucks Signing Store di Vivacity Megamall ini, Starbucks akan mengadakan promosi Beli 1, Percuma satu mulai 27 hingga 30 Julai apabila anda menandatangani “Starbucks”!

Selain itu, Starbucks juga menganjurkan Bengkel Bahasa Isyarat pada 29 & 30 Julai, untuk memperkenalkan perbendaharaan kata Bahasa Isyarat Malaysia asas dan teknik ejaan jari yang digunakan dalam komunikasi dengan komuniti Pekak dan Kurang Pendengaran.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd