NIVEA Extra Bright C&HYA – Rangkaian Produk Yang Menggabungkan Kebaikan Sains Dan Bahan Semulajadi
Lina Rosli
NIVEA kini melancarkan innovasi terbaru iaitu rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA dengan gabungan kebaikan sains dan bahan semulajadi.
Menurut jenama produk kecantikan ini, NIVEA Extra Bright C&HYA diperkaya dengan 500X konsentrasi Vitamin C dan 3X saiz molekul Hyaluron yang menjadikan kulit lebih berseri, anjal dan sihat dalam masa 3 hari sahaja.

Menurut NIVEA lagi, apa yang membezakan rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA daripada penjagaan kulit bervitamin yang lain adalah teknologi mereka dalam mengekstrak Vitaman C, iaitu dengan teknik sejuk (cold extraction technology), yang tidak menggunakan haba untuk mengekalkan semua kebaikan vitamin dan nutrien untuk kulit anda.
Selain itu, ujian iodin juga menunjukkan Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk mempunyai keberkesanan yang lebih tinggi, mengesahkan statusnya sebagai penyelesaian yang luar biasa untuk kulit yang lebih berseri, anjal dan sihat.

Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA baharu terdiri daripada 6 produk untuk melengkapkan rejimen penjagaan kulit anda. Ia adalah Micellar Water, Cleanser (pembersih muka), Essence Water, Serum, Day Cream (krim siang) dan Night Gel (gel malam).
| Produk | Penerangan | Harga Pasaran (RM) |
| Air Miselar | Formula yang lembut dan diperkaya dengan Vitamin C yang diperoleh daripada esen oren yang diekstrak dengan teknik sejuk dan Hyaluron, yang membersihkan kotoran pada kulit dan menghidrat untuk kulit lembut dan licin selepas digunakan. Liang pori juga dikecilkan untuk kulit kelihatan cerah dan anjal. | 400ml – RM45.00 125ml – RM22.90 |
| Pembersih Wajah – Vitamin | – Pembersih muka yang mempunyai tekstur buih halus yang diperkaya dengan Vitamin C yang diperoleh daripada esen oren yang diekstrak dengan teknik sejuk dan dengan 3X Hyaluron – Membersihkan kotoran jauh ke dalam liang pori dengan kesan tiga kali ganda – Liang pori mengecil dan kulit kelihatan lebih lembut dan licin – 0% paraben & silikon – Sesuai untuk semua jenis kulit | RM28.90 |
| Esen Vitamin | – Esen bertekstur air yang sangat ringan dan diperkayakan dengan 100X Vitamin C – Diperolehi daripada esen oren yang diekstrak dengan teknik sejuk dan 3X Hyaluron yang menyerap dengan cepat ke dalam kulit anda tanpa meninggalkan rasa melekit – Menjadikan tona kulit lebih sekata | RM44.50 |
| Serum Vitamin | – Serum yang cepat diserap yang diperkaya dengan 500X Vitamin C yang diperoleh daripada esen oren yang diekstrak dengan teknik sejuk dan 3X Hyaluron yang menembusi lapisan kulit secara mendalam untuk menyelesaikan masalah kulit kusam dan kering dalam masa 3 hari sahaja – Ia mempunyai formula bukan komedogenik dan pekat dengan 0% paraben dan silikon. – Sesuai untuk semua jenis kulit | RM85.00 |
| Krim Siang | – Formula krim serum siang yang ringan dan diperkaya dengan SPF30 UVA/UVB yang berkesan untuk melindungi kulit daripada garis-garis halus dan tona kulit tidak sekata yang disebabkan oleh matahari dan cahaya biru. | RM59.90 |
| Krim Malam | – Gel malam yang ringan dan diperkaya dengan Vitamin C yang diperoleh daripada esen oren yang diekstrak dengan teknik sejuk untuk kelembapan berpanjangan dan memulihkan keserian wajah semalaman – Kulit juga dilindungi semalaman daripada kedutan dan garis halus pramatang. | RM62.90 |
Rangkaian NIVEA Extra Bright C&Hya boleh didapati di semua kedai Watsons, farmasi dan kedai atas talian di NIVEA Official. Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terkini, anda boleh layari https://www.nivea.com.my/.