BZU BZU, jenama penjagaan keluarga terkemuka di Malaysia, melancarkan rangkaian penjagaan kulit Little Lady dengan kerjasama Watsons Malaysia.

Rangkaian penjagaan kulit ini terdiri daripada Mousse Pembersih Wajah, Krim Wajah dan Losyen Badan yang diformulasikan menggunakan bahan khas untuk menghasilkan kulit mulus dan berseri. Dihasilkan untuk kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun ke atas, penjagaan kulit terkini ini dilengkapi dengan bahan-bahan semula jadi dan diuji pakar dermatologi, terbukti lembut untuk kulit.

Menawarkan penyelesaian kepada semua keperluan penjagaan kulit dan berhasrat untuk mendidik tabiat penjagaan kulit yang sihat daripada usia muda, rangkaian penjagaan kulit Little Lady BZU BZU memperkasa setiap gadis kecil untuk mengambil langkah seterusnya untuk membesar dengan seri.

Menurut BZU BZU, rangkaian penjagaan kulit BZU BZU Little Lady ini akan tersedia di Watsons Malaysia bersama promosi menarik yang ditawarkan. Tambah jenama ini lagi, pemilihan Watsons sebagai medium pembelian BZU BZU Little Lady adalah bagi membina kerjasama eksklusif di antara kedua-dua syarikat.

Watsons juga menyasarkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur dengan menyediakan pilihan produk yang lebih banyak dan memenuhi keperluan setiap golongan usia dengan rangkaian penjagaan kulit Little Lady BZU BZU.

Berikut adalah senarai produk di bawah rangkaian BZU BZU Little Lady:

Little Lady Facial Cleansing Mousse (100 ml) – RM 39.90 

Dirumus dengan prebiotik, Mousse Pembersih Wajah ini ialah ejen pembersih semula jadi 100% yang menggalakkan kulit yang lebih sihat dan memulihkan penghalang semula jadi kulit.

Mousse ini juga diperkaya dengan vitamin B kompleks yang berasal daripada dedak beras Jepun untuk membantu meredakan kulit dan mengandungi gula kompleks tambahan yang menjadikan kulit lebih lembut, licin serta dilindungi daripada ternyah hidrat.

Secara keseluruhannya, buih pembersih wajah ini lembut dan berfungsi untuk menghilangkan kotoran dan sebum dengan berkesan untuk mencegah jerawat.

Little Lady Facial Cream (50 ml)  – RM 49.90

Krim wajah ini dirumus dengan 95% bahan semulajadi dan berasaskan tumbuhan serta tidak berminyak. Ia mengandungi pelembab semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia kasar seperti talc, paraben, silikon, asbestos dan formaldehid.

Ia juga padat dengan prebiotik dan gula kompleks bersama bahan-bahan lain yang memperkaya, formula ini membantu untuk menghidrat, melindungi dan memulihkan kulit.

Little Lady Body Lotion (120 ml) – RM 29.90 

Losyen badan ini sesuai untuk kegunaan harian dan dilengkapi dengan Prebiotik, Vitamin B, Mentega Shea dan hidrolisis protein susu. Ia terhasil daripada formula ringan yang tidak berminyak dan mempunyai sensasi sejuk untuk melegakan ketidakselesaan kulit. Dengan memberi penekanan untuk menghasilkan produk terbaik melalui beberapa peringkat penyelidikan dan pembangunan, losyen ini dirumus untuk menguatkan mikrobiom kulit dan meningkatkan kesihatan serta tekstur kulit. Losyen ini juga menggalakkan tona kulit sekata, kaya dengan Vitamin A dan E yang melembabkan, melembutkan, dan melindungi kulit, serta meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan keradangan.

Harga dan Ketersediaan:

Nikmati tawaran eksklusif hanya di Cawangan Watsons Malaysia terpilih:

  • Untuk Semenanjung Malaysia, nikmati diskaun dari 3 Ogos 2023 hingga 4 September 2023
  • Untuk Malaysia Timur, nikmati diskaun dari 10 Ogos 2023 hingga 11 September 2023

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian penjagaan kulit Little Lady, lawati https://bzubzu.my/