Carian
Adakah Pengambilan Susu Formula Dalam Kalangan Kanak-Kanak Berisiko Menyebabkan Masalah Pencernaan?
July 31, 2023 Lina Rosli

Susu telah menjadi sumber khasiat penting dalam kehidupan sejak kecil lagi, tetapi mungkin sesetengah masih mempunyai keraguan tentang kesan susu terhadap kesihatan kita.

Oleh itu, melalui laman Alpro Pharmacy, mereka telah berkongsi tentang mitos dan maklumat yang tidak tepat mengenai susu formula yang boleh membuatkan anda keliru atau ragu-ragu.

Mitos 1: Semua probiotik dalam susu kanak-kanak adalah sama untuk membantu pencernaan.

Secara umumnya, probiotik sebenarnya datang dalam pelbagai strain, dan setiap strain mungkin mempunyai kesan yang berbeza pada pencernaan.

Strain tertentu telah dikaji secara meluas untuk kesihatan pencernaan, sementara yang lain mungkin mempunyai faedah yang lebih khusus seperti untuk imunisasi. Keberkesanan probiotik boleh berbeza-beza bergantung pada dos dan fungsi probiotik tersebut.

Selain itu, susu ibu secara umumnya lebih mudah dihadamkan oleh bayi dan dianggap sebagai pelawas semula jadi. Sementara susu formula pula mempunyai tekstur yang lebih tebal dan protein yang lebih besar yang menyebabkan ia lebih sukar untuk dihadam.

Namun, ini tidak bermakna susu formula boleh menyebabkan sembelit dan tidak baik untuk kanak-kanak atas bayi. Ini kerana setiap bayi berbeza. Juga, sama ada diberi susu formula atau menyusu, bayi anda mungkin menunjukkan tanda-tanda sembelit apabila anda memasukkan pepejal ke dalam diet mereka.

Mitos 2: Susu formula boleh menyebabkan keradangan.

Jawapannya, adalah tidak benar. Susu sebenarnya boleh mengurangkan keradangan dalam badan lebih lagi dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut kajian terbaharu yang dilakukan di Kanada, pakar mendapati bahawa dengan pengambilan 1 hingga 2 hidangan susu setiap hari boleh mengurangkan biomarker keradangan yang kronik dalam badan.

Dalam kajian ini juga menyatakan pengambilan susu penuh lemak atau rendah lemak tidak mempunyai kesan penyebab ke atas keradangan badan manusia terutaman sekali kanak-kanak.

Mitos 3: Susu formula kurang bernutrisi untuk kanak-kanak.

Jika dibandingkan dengan susu ibu, kandungan probiotik yang terhasil secara semula jadi adalah lebih banyak dan berfaedah kepada kanak-kanak. Namun, itu tidak menunjukkan susu formula mempunyai kandungan nutrisi yang lebih rendah. Untuk pengetahuan anda, susu probiotik sebenarnya mengandungi lebih nutrisi berbanding susu lain terutama sekali nutrien penting seperti vitamin D.

Untuk pengetahuan anda, susu formula telah diperkaya dengan vitamin D yang lebih berbanding daripada susu datangnya dari sumber lain. Ini menyebabkan dengan mengambil susu formula ia dapat membantu dalam pembentukan tulang yang lebih kuat seiring dengan perkembangan kanak-kanak.

Mitos 4: Susu badam adalah lebih bagus daripada susu lembu.

Seperti yang dibincangkan di dalam artikel sebelum ini, mengenalpasti bahan yang terkandung di dalam sesuatu produk adalah penting untuk mengetahui mana salah satu yang lebih sesuai untuk keperluan anda.

Tidak semua susu lembu merupakan pilihan yang lebih baik berbanding minuman badam. Dan tidak semua susu badam menawarkan nutrien yang penting untuk tubuh anda.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan susu lembu semula jadi mengandungi protein dan nutrisi lain seperti kalsium, vitamin B2 dan B12 yang diperlukan tubuh. Namun, susu badam mengandungi fiber dan serat yang baik untuk penghadaman dan pencernaan individu.

Mitos 5: Semakin mahal susu kanak-kanak, semakin baik kualitinya.

Ini adalah mitos yang paling kerap dipercayai oleh individu. Harga susu kanak-kanak tidak menentukan kualiti susu dan nutrisi di dalamnya.

Pemilihan susu untuk kanak-kanak adalah penting untuk memastikan mereka mendapatkan nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.

Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih susu untuk kanak-kanak:

  • Umur dan tahap perkembangan kanak-kanak
  • Kandungan nutrisi. Pastikan susu yang dipilih mengandung nutrisi penting seperti protein, karbohidrat, lemak, kalsium, vitamin D, dan zat besi
  • Alergi atau intoleransi terhadap sesuatu bahan di dalam produk susu.
Komen