Carian
Kajian Dapati Obesiti Boleh Menjejaskan Tindak Balas Sel Imun Anti-Radang Dan Menyebabkan Gejala Psoriasis
July 31, 2023 Lina Rosli

Memastikan tubuh anda memperoleh berat badan yang ideal adalah penting untuk semua individu. Hal ini kerana, penyelidikan menunjukkan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes berisiko untuk mengalami psoriasis.

Perkaitan antara psoriasis dan berat badan berlebihan buat masa ini masih lagi tidak jelas. Tetapi pakar menyatakan bahawa psoriasis adalah satu penyakit radang. Keadaan ini berlaku apabila tubuh mempunyai sel lemak tambahan, dan sel berkenaan akan mengeluarkan bahan kimia radang yang dipanggil sitokin (cytokines). Sekiranya sitokin dihasilkan pada kadar yang banyak, ia boleh menyebabkan berlakunya psoriasis.

Dalam kajian lain yang dilakukan ke atas haiwan, obesiti dilihat boleh menjejaskan sel imun anti-radang dalam kulit tikus dan sekaligus meningkatkan kerentanan haiwan kepada gejala psoriasis.

Apa Itu Psoriasis? Bagaimana Obesiti Boleh Dikaitkan Dengan Psoriasis?

Bagi yang tidak mengetahui, psoriasis merupakan keadaan di mana sel kulit terkumpul dalam tompok kering dan bersisik.

Menurut pakar, psoriasis boleh berlaku kira-kira dua kali lebih lazim pada orang yang mempunyai masalah obesiti berbanding mereka yang tidak mempunyainya.

Namun, harus diingatkan bahawa masalah obesiti sahaja tidak boleh menyebabkan psoriasis. Namun, obesiti yang juga dipengaruhi oleh beberapa faktor laon seperti genetik, pengambilan ubat-ubatan tertentu, dan merokok boleh memberi kesan kepada penurunan dalam kuantiti penghasilkan sel imun anti-radang.

Secara umumnya, sel imun anti-radang adalah penting untuk mencegah psoriasis. Sama ada sel imun anti-radang terlalu aktif atau pasif, ia boleh menyebabkan tubuh melancarkan tindak balas negatif yang boleh mempengaruhi tubuh.

Bukti menunjukkan bahawa obesiti adalah faktor risiko untuk kejadian psoriasis selain turut boleh memburukkan lagi keadaan psoriasis sedia ada. Ini kerana apabila psoriasis dan berat badan berlebihan berlaku secara serentak, ia mungkin mengganggu rawatan perubatan yang digunakan dalam psoriasis dan menambah profil risiko kardiovaskular pada pesakit berkenaan.

Cara Untuk Mengurangkan Risiko Psoriasis?

Untuk mengatasi masalah psoriasis, doktor mengesyorkan amalan diet tinggi lemak kerana ia lemak yang berlebihan berpotensi menjadi faktor utama dalam psoriasis dan keradangan yang berkaitan dengan kulit.

Selain itu, anda juga disarankan untuk:

  • Kerap bersukan dan mengamalkan gaya hidup aktif
  • Menguruskan tekanan mental dan fizikal sebaiknya
  • Mendapatkan kuantiti pemakanan yang seimbang

Komen