Carian
Menu Baharu Pizza Hut X Coca-Cola Menggabungkan Makanan Dengan Soda Cola – Hawaiian Cola Pizza & Krispy Cola Wingstreet
August 1, 2023 Lina Rosli

Pizza Hut Malaysia dan Coca-Cola baru-baru ini mengumumkan kolaborasi ikonik dua jenama terkemuka yang menampilkan dua variasi perisa baharu yang lazat iaitu Hawaiian Cola Pizza dan Krispy Cola Wingstreet.

Dilancarkan pada 1 Ogos 2023, Pizza Hut akan menawarkan kedua-dua menu edisi khas ini selama sebulan ini iaitu sehingga 15 September 2023

Bagi anda yang meminati pizza, Hawaiian Cola Pizza menggabungkan hidangan Hawaiian Chicken Pizza dengan sos khas yang dihasilkan daripada soda Cola. Gabungan ini akan menawarkan kombinasi rasa pedas dan savuri, bersama percikan Cola.

Manakala Krispy Cola Wingstreet pula, ia menampilkan kepak ayam berjus dengan ramuan istimewa soda Cola, yang pastinya mencipta deria rasa yang tak mampu dilupakan.

Menurut Pizza Hut lagi, kombinasi antara dua jenama F&B ini mendorong kreativiti, lebih-lebih lagi dalam bereksperimen dengan perisa yang digemari ramai. Oleh itu, ciptaan unik ini dilihat akan menawarkan kepada pelanggan untuk menikmati kedua-dua perisa dalam satu hidangan yang menyelerakan.

Tersedia di kesemua 453 buah restoran Pizza Hut di seluruh negara, rangkaian Pizza Hut X Coca-Cola boleh dinikmati sebagai sebahagian daripada kombo Pizza Hut MyBox, kombo Huts Meal atau Kombo WingStreet dengan tambahan RM3.90 untuk setiap set.

Promosi ini tersedia untuk kesemua pilihan pembelian termasuk ‘dine in’, bawa pulang dan penghantaran yang boleh dipesan melalui Aplikasi Pizza Hut, www.pizzahut.com.my atau melalui platform penghantaran makanan popular sedia ada.

Selain pengenalan Pizza Hut X Coca-Cola, jenama pizza kegemaran ramai ini turut memperkenalkan sebuah mesin layan diri khas akan dipasang di lokasi yang dirahsiakan di sekitar Lembah Klang. Buat masa ini tiada maklumat lagi mengenai mesin ini, tetapi anda boleh mengikuti Facebook dan Instagram rasmi Pizza Hut untuk mengetahui lebih lanjut tentang lokasi mesin layan diri khas.

Komen