5 Gaya Fesyen Muslimah Popular Dalam Kalangan Gen Z – Untuk Bajet Bawah RM49
Lina Rosli
Jika anda perasan, perubahan fesyen boleh dikatakan sangat pantas pada masa kini. Dan gaya fesyen yang dikongsikan oleh pempengaruh Gen Z kini menjadi rujukan utama oleh kebanyakan penggemar fesyen. Ini termasuklah pemilihan dan kombinasi warna dan jenis bagi setiap item fesyen.
Sudah semestinya tiada betul dan salah di dalam dunia fesyen. Ini kerana kesemua gaya ini bermula dengan keyakinan dan kreativiti supaya anda dapat mempamerkan gaya unik dan memberi ruang kepada imaginasi untuk bergaya.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan gaya dan penampilan yang trendy untuk ke tempat kerja, melepak, atau beriadah – Lazada menerusi LazLook menampilkan beberapa trend fesyen Gen Z yang boleh anda jadikan sebagai inspirasi untuk kegunaan harian anda.
5 Inspo Fesyen Muslimah Yang Boleh Anda Cuba – Bajet Bawah RM49
Siapa kata muslimah tidak boleh trendy? Bergaya sopan bukanlah alasan untuk anda mengetepikan stail da gaya yang terkini. Untuk mengetahui gaya manakah yang boleh anda dijadikan sebagai rujukan dan inspirasi, berikut adalah item-item yang membolehkan anda dapatkan sewaktu LazLook Jualan Stail Paling Ons.
- Co-Ord Sama Warna
Pada masa kini, gaya pakaian yang hadir dengan tema tona yang sama kembali popular dalam kalangan Gen Z. Tidak kira sama ada anda menggemari warna yang terang dan berani ataupun warna yang cerah dan lembut, kedua-dua pilihan ini sememangnya gaya yang mudah dan sopan untuk anda gayakan.

Melengkapkan fesyen anda adalah, penggunaan warna tudung yang bertentangan warna untuk memberi penegasan kepada gaya keseluruhan dan memecahkan warna antara helaian dan tudung.
Dapatkan di Lazada: Baju Set Muslimah – RM20 / Tudung Basic Shawl – RM5
- Sweater Oversize
Gaya yang menggunakan sweater oversize juga sudah lama bertahan dalam dunia fesyen. Dan Gen Z kini dilihat menjadikan fesyen ini tampak lebih cool untuk digayakan sepanjang hari.
Bagi anda yang berminat untuk memilih gaya ini sebagai rujukan dan inspirasi, penggunaan sweater oversize ini hadir dengan pelbagai motif dan corak. Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan gaya dengan corak yang minimal ataupun sweater yang mengetengahkan elemen tipografi.

Kemudian, lengkapkan gaya anda dengan lilitan tudung yang minimal agar tidak mengganggu gaya keseluruhan. Dan jika ingin tampil lebih trendy, padankan juga dengan jeans baggy membawa tema 90-an bersama beg tangan yang sedikit fancy untuk kelainan.
Dapatkan di Lazada: Sweatshirt Retro Lengan Panjang – RM16.90 / Bawal Corak – RM5.30
- Kemeja Putih Oversize x Denim
Siapa sahaja yang tidak menggemari kemeja putih bersaiz besar. Ini adalah gaya yang paling popular dalam kalangan Gen Z yang mana fesyen ini bukan sahaja boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja tetapi turut dikelaskan dalam gaya fesyen yang ringkas tetapi trendy.

Kemeja putih ini sangat sesuai dipakai untuk ke kelas, ke tempat kerja atau ketika keluar bersama rakan anda. Untuk tampil seperti fashionista, anda boleh gayakan dengan denim palazo dan tambah aksesori seperti tali pinggang halus untuk beri imej yang lebih kasual. Padankan juga dengan beg tangan dan kasut tumit tinggi yang minimal untuk melengkapkan gaya.
Dapatkan di Lazada: Kemeja Putih – RM32.50/ Skirt Denim – RM34
- #BarbieCore Modestwear
Trend Barbiecore kini menjadi bualan ramai individu pada masa sekarang. Di mana-mana di media sosial, banyak sahaja yang mahu menyertai trend dan tanda pagar # ini.

Hampir sama dengan tema Co-Ord, anda boleh padankan helaian pink untuk baju dan seluar atau skirt, ataupun dengan jaket tweed untuk tampil seperti Barbie. Lengkapkan gaya Barbie anda dengan dengan tudung yang bertentangan warna dengan helaian dan padankan dengan topi atau baret yang berpadanan.
Dapatkan di Lazada: Baju dan seluar sepasang – RM39.90/ Jaket Tweed – RM31.70/ Baret – RM7.68
- Monokrom Beige Kim K
Penggayaan fesyen bertemakan warna beige ini boleh dikatakan telah dipopularkan oleh Kim K. ntuk mendapatkan gaya yang trendy, anda boleh padankan dengan satu lagi warna lain seperti kelabu untuk memberi kelainan.

Dan gunakan warna itu untuk tudung, skirt dan tumit tinggi misalnya agar untuk menaikkan imej yang sepadan. Jika anda inginkan gaya yang lebih feminin, boleh pilih sama ada ingin menggayakan dress atau skirt satin yang bersesuaian dengan anda.
Dapatkan di Lazada: Dress warna beige – RM49.90 / Dress warna beige – RM17 / Skirt satin – RM30.50
Dengan tawaran di bawah RM49, diskaun sehingga 80% untuk stail terpilih dan cashback 25%, semua yang anda inginkan ada di sini. Cuba gaya baharu tanpa berbelanja berlebihan sepanjang LazLook Jualan Stail Paling Ons dari 2 hingga 4 Ogos 2023. Jangan ketinggalan untuk jadi lebih stylish dan kemaskini gaya anda dengan Lazlook Crazy Fashion Sale!