Carian
Kesan Gigit Kuku Ke Atas Kesihatan – Mengapa Anda Harus Menghidari Tabiat Ini?
August 2, 2023 Lina Rosli

Tabiat menggigit kuku atau turut dikenali sebagai onychophagia merupakan satu tabiat yang biasa dalam kalangan kanak-kanak – ada juga segelintir orang dewasa yang melakukannya.

Dengan pelbagai tempat yang anda sentuh dan pegang seperti tombol pintu, cawan air, butang lif dan juga kunci kereta, pastinya akan ada banyak bakteria yang berpotensi wujud pada kuku dan tangan anda. Dan sekiranya anda tidak membersihkannya dengan betul, kerap memasukkan jari anda ke dalam mulut mungkin boleh memberi kesan buruk ke atas kesihatan.

Secara umumnya, tabiat menggigit kuku ini adalah tidak disyorkan oleh para pakar. Ini kerana, gigitan kuku boleh merosakkan kuku anda dan kulit di sekelilingnya sekaligus menyebabkan pertumbuhan kuku dari dalam (ingrown nails).

Mengapa Tabiat Menggigit Kuku Ini Berlaku?

Tabiat menggigit kuku ini boleh berlaku apabila kanak-kanak mula menghisap jari pada satu-satu waktu. Kemudian, tabiat ini boleh melarat kepada amalan menggigit kuku sebagai ganti.

Menggigit kuku juga boleh bermula semasa remaja atau dewasa – walaupun tabiat menggigit kuku ini seringkali disebut kelihatan seperti kebudak-budakkan.

Menurut pakar, tabiat itu terbentuk dalam kalangan dewasa ini boleh berpunca daripada tindak balas kepada sesuatu perasaan. Menggigit kuku menjadi mekanisme bagi mengatasi rasa gementar, bosan, kesepian atau lapar.

Bahkah, ia juga biasanya dikaitkan dengan masalah emosi atau psikologi, termasuk:

  • Kebimbangan
  • Gangguan yang merujuk kepada penumpuan pemerhatian (ADHD)
  • Gangguan yang merujuk kepada perubahan emosi seperti mudah marah dan membangkang (ODD)
  • Kebimbangan perpisahan
  • Gangguan Tic atau mengalami sindrom Tourrette.

Untuk pengetahuan anda juga, gigitan kuku patologi atau teruk, tidak terkawal adalah tingkah laku tertumpu berulang oleh badan (Body-focused repetitive behaviors – BFRB) yang paling biasa. Orang yang mengalami gangguan BFRB yang menggigit kuku mereka juga mungkin mempunyai tingkah laku berulang yang tertumpu pada badan seperti menggeser kulit dengan kulit atau menarik rambut.

Gangguan tingkah laku ini juga berkaitan dengan gangguan obsesif-kompulsif, dan sesetengah orang mempunyai kecenderungan genetik terhadapnya.

Mengapa Menggigit Kuku Tidak Baik Untuk Anda?

Tidak kira bila atau mengapa anda mula menggigit kuku, tabiat itu boleh menjadi sukar untuk dihentikan apabila ia terbentuk. Dan menggigit kuku berulang kali boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan jangka pendek, seperti:

  • Masalah pergigian seperti gigi tidak sejajar
  • Jangkitan kulat pada kuku
  • Penyakit melibatkan sistem penghadaman
  • Isu mulut, termasuk sakit rahang dan kecederaan tisu lembut
  • Jangkitan kulit
  • Kerosakan tisu pada jari, kuku dan kutikula

Namun, usah bimbang sekiranya anda mempunyai tabiat ini. Kerosakan jangka panjang akibat menggigit kuku jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, sekiranya anda menelan bakteria berbahaya, ia boleh menyebabkan jangkitan perut atau usus.

Komen