Alpro Pharmacy baru-baru ini melancarkan perkhidmatan penghantaran ubat berpreskripsi pintu ke pintu dengan kerjasama GrabExpress.
Melalui kerjasama ini, ia dapat memudahkan dan membolehkan individu mendapatkan bekalan ubat-ubatan ketika berada di luar kawasan. Selain itu, menurut Alpro juga, khusus buat anak-anak yang berada di perantauan boleh menghantar bantuan ubat kepada ibu bapa yang tinggal bersedirian, ataupun pesakit penyakit kronik dan orang tua yang menghadapi kesukaran atau tidak mampu untuk meninggalkan rumah bagi tujuan untuk ke farmasi.

Menerusi kempen ini, Alpro Pharmacy bersama-sama dengan GrabExpress turut melancarkan video memaparkan langkah-langkah penghantaran ubat terus ke rumah, bermula dari cara-cara pengisian preskripsi hingga ke penghantaran terus ke depan pintu.
Sebelum ini, proses penghantaran ubat terus ke rumah telah dilancarkan oleh Alpro Pharmacy pada tahun 2021. Namun, untuk pengalaman yang lebih baik, mereka telah melakukan beberapa penambahbaikan pada e-farmasi mereka.
Pesakit juga boleh berunding dengan doktor secara maya, menerima nasihat perubatan, dan mendapatkan preskripsi elektronik jika perlu, tanpa perlu meninggalkan rumah mereka. Setelah preskripsi dikeluarkan, pasukan ahli e- farmasi akan menyediakan ubat-ubatan yang teleh dipreskripsi berkenaan dengan memastikan ketepatan dan pematuhan terhadap protokol keselamatan.
Ubat berpreskripsi ini telah diluluskan akan dihantar kepada pesakit menggunakan perkhidmatan penghantaran GrabExpress, iaitu perkhidmatan penghantaran milik Grab Malaysia. Ini bukanlah kali pertama kedua-dua jenama ini bekerjasama, di mana Alpro Pharmacy telah menjadi rakan peniaga yang berpengalaman di GrabMart, menyediakan barangan farmasi yang boleh didapati tanpa preskripsi dan menghantarnya terus ke rumah pelanggan.
Untuk menggunakan perkhidmatan Alpro ePharmacy, anda boleh hubungi di talian WhatsApp – +60197021923 atau layari https://www.alpropharmacy.com/services/online-pharmacy.