Sebagai sokongan kepada artis baharu di dalam industri muzik, Sephora telah melancarkan kolektif muzik pertamanya yang dipanggil Sephora Sounds.
Menerusi pengenalan Sephora Sounds ini, jenama ini dilihat telah berkolaborasi dengan 55 penyanyi dan kumpulan komuniti muzik dalam menampilkan kolektif suara muzik yang pelbagai, termasuk variasi runut bunyi yang menarik dan tulen yang dijangka akan digunakan untuk tujuan promosi atau komersial.
Dengan ini, ia membolehkan Sephora meletakkan lagu secara sah untuk digunakan pada mana-mana platform media sosial termasuk TikTok, di samping membantu artis yang kurang dikenali untuk mendapat lebih banyak pendedahan dalam kalangan penggemar muzik.
Antara barisan penyanyi yang mengambil bahagian di dalam Sephora Sounds ini termasuklah kumpulan wanita Ain’t Afraid, Precious dan banyak lagi.
Tambah Sephora lagi, sekitar 70% artis Sephora Sounds yang mengambil bahagian berkata mereka tidak pernah diberi peluang bekerjasama dengan jenama berbayar dan 60% lagi tidak pernah didekati oleh jenama berbayar sebelum ini.