Carian
Jenama Jam Tangan Jepun, ALBA Hadir Dengan 6 Model Ekslusif Untuk Pasaran Malaysia
August 3, 2023 Lina Rosli

Khusus untuk peminat jam tangan di Malaysia, sub-jenama SEIKO, ALBA kini telah tiba di pasaran Malaysia yang mana ia menawarkan variasi model jam tangan yang bergaya dan tahan lasak.

Bersempena pengenalan jenama ini untuk pasaran tempatan, ALBA menampilkan 6 model jam tangan yang dibawakan khas untuk pengguna di Malaysia iaitu:

  • AL4529X1 – Jam tangan dengan muka jam berwarna hitam, tali jam jenis keluli tahan karat
  • AL4531X1 – Jam tangan dengan muka jam berwarna biru muda, tali jam jenis keluli tahan karat
  • AL4527X1 – Jam tangan dengan muka jam berwarna hijau gelap, tali jam jenis keluli tahan karat
  • AL4525X1 – Jam tangan dengan muka jam berwarna biru gelap, tali jam jenis keluli tahan karat
  • AL4533X1 – Jam tangan dengan muka jam berwarna biru gelap, tali jam jenis silikon hitam
  • AL4535X1 – Jam tangan dengan muka jam berwarna hitam, tali jam jenis silikon hitam

Kesemua model-model ekslusif ini menampilkan gaya yang tampak kasual dan formal dalam pada masa yang sama. Ini kerana ALBA hadir dengan gabungan dial yang menarik bersama-sama dengan muka jam yang menggunakan tona warna biru muda, hijau gelap dan juga sunray hitam separa matte, menjadikannya lebih trendy untuk digayakan oleh lapisan generasi masa kini.

Bukan itu sahaja, menurut ALBA juga, kesemua model jam tangan ini menggunakan pergerakan mekanikal. Jenis pergerakan ini secara umumnya mendapat tenaga untuk bergerak secara manual.

Bagi anda yang ingin mendapatkan kesemua jam tangan ALBA edisi eksklusif Malaysia, harga jualan yang dikongsikan adalah RM665 seutas bagi model yang menggunakan tali jam jenis keluli tahan karat. Sementara jam tangan dengan tali silikon hitam pula dijual pada harga RM655 setiap seutas.

Untuk jam tangan ini, anda boleh mendapatkannya di pengedar sah ALBA menerusi laman rasmi www.thongsia.com.my bermula hari ini.

Komen