Carian
Festival Indie Asia Tenggara: TAPAUfest 2023 Kembali.
August 4, 2023 Hafiz Suhaimi

Bagi peminat muzik indie, ini adalah berita baik untuk anda, TAPAUfest kini kembali dengan penuh kejayaan ke padang yang subur di Resort Tasik Raban di Lenggong, Perak, membawa bersama gabungan harmoni melodi yang menawan dan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan. Berlatarkan pergunungan yang indah dan tasik yang tenang, festival ini bakal menjadi pengalamaman yang anda tidak dapat dilupakan.

Para peserta akan dimanjakan dengan 12 aksi persembahan merentasi genre dan nuansa dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand selama dua hari, iaitu pada 7 & 8 Oktober 2023. Pada hari pertama, TAPAUfest 2023 akan menampilkan Mascot (MY), Ali (ID), Wobbebong (MY), Force Vomit (SG), Jemson (MY) dan Nadin Amizah (ID). Pada hari kedua akan diteruskan dengan persembahan The Jaden (ID), Muck (MY), Door Plant (TH), Bayangan (MY), Lomba Sihir (ID) dan Zee Avi (MY).

Tiket “Early-Bird” telah dibuka selama dua minggu daripada 5 Ogos – 18 Ogos dan boleh dibeli dengan Tiket Solo Weekend berharga RM 280 (1 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2) dan Tiket Geng Weekend berharga RM 1000 ( 4 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2). Untuk maklumat lanjut boleh layari ke tapau.asia dan TAPAU tiket anda !!

Sambil para peserta menikmati melodi dan persembahan, mereka juga mempunyai peluang untuk meneroka persekitaran menarik di Lenggong. Lokasi ini mempunyai nilai tersendiri sebagai tapak warisan UNESCO yang menempatkan salah satu rangka manusia purba paling lengkap di Asia Tenggara, yang dikenali sebagai ‘Perak Man’, kira-kira 11,000 tahun yang lalu. Keindahan tempat dan suasana unik, disertai dengan persembahan muzik yang mengagumkan, memberikan nilai lebih dari sekadar sebuah konsert. Ia akan mencipta kenangan yang tidak mungkin terlupakan.

Komen