Carian
MamyPoko Dan JKM Menganjurkan Kempen Kesedaran Tentang Bahaya Penyakit Bawaan Nyamuk
August 4, 2023 Lina Rosli

Berikutan kes denggi yang terus meningkat di seluruh negara, MamyPoko dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menganjurkan satu acara antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyakit bawaan nyamuk.

Menerusi kempen #MamyPokoAgainstDengue, MamyPoko komited untuk membantu ibu bapa dalam menikmati perjalanan membesarkan anak dan melihat mereka membesar dengan sihat. Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan kerisauan yang kian meningkat membabitkan kes denggi dan menangani isu denggi yang mendesak, khususnya dalam komuniti rentan.

Sebagai sebahagian daripada khidmat bantuannya, kempen ini akan mengedarkan 1,500 pek baharu MamyPoko ANTIMOS Pants kepada pelbagai komuniti yang kurang berkemampuan di Lembah Klang dan Johor.

Di samping itu, ia juga akan memberi sokongan kepada penduduk dengan mengadakan aktiviti pembersihan komuniti atau gotong-royong untuk menghapuskan tapak pembiakan nyamuk di kejiranan mereka.

Kempen #MamyPokoAgainstDengue pada kali ini dapat memberi manfaat kepada komuniti di PPR Seri Pahang, PPR Seri Pantai dan PPR Desa Rejang di Kuala Lumpur; PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang, Selangor; serta PPR Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor. 

Untuk pengetahuan anda, berdasarkan data dari Sistem Pencengahan dan Kawalan Denggi Kebangsaan, kanak-kanak berumur 0 hingga 15 tahun adalah amat rentan kepada denggi teruk dan komplikasinya seperti sindrom kejutan denggi.

Sehubungan itu, amat penting untuk individu sentiasa berwaspada dengan memerhatikan simptom-simptom denggi, khususnya denggi yang teruk, yang lazimnya muncul selepas demam reda.

Oleh kerana bayi yang kecil mungkin tidak menunjukkan gejala biasa seperti demam, disyorkan agar mana-mana kanak-kanak di bawah 6 bulan yang tidak sihat dibawa ke doktor.

Di dalam kempen ini, MamyPoko turut memperkenalkan MamyPoko ANTIMOS Pants. Lampin pakai buang yang dilengkapi dengan bau serai wanginya terbukti sangat berkesan menghalau nyamuk untuk tempoh yang lama.

MamyPoko ANTIMOS Pants juga menawarkan perlindungan yang lama terhadap nyamuk iaitu sehingga 8 jam selepas dipakai. Bahkan dengan Teknologi Berpaten Jepun dan Teknologi Big Dry Zone+ yang canggih, lampin seluar ini juga memastikan penyerapan dan kekeringan yang luar biasa selama 10 jam.

Ini membolehkan bayi menikmati keselesaan optimum, bermain tanpa ganguan dan mendapat tidur yang nyenyak, pada masa sama mereka terlindung daripada gigitan nyamuk.

Untuk maklumat lanjut tentang pencegahan denggi, anda boleh layari www.mamypokoagainstdengue.com dan mendapatkan pandangan berharga tentang panduan pencegahan denggi yang dikongsikan oleh pakar kesihatan, selain pengalaman hidup individu yang pernah berhadapan dengan demam denggi. 

Komen