Dengan kolaborasi bersama selebriti dan pelakon tempatan Mira Filzah, Secret Recipe kini telah menambah hidangan baharu di dalam menu iaitu BurgerMira.

Menampilkan 3 pilihan burger yang berbeza, penggemar burger boleh memilih sama ada anda ingin menikmati burger dengan citarasa tempatan iaitu Special Kerabu Burger, atau burger dengan pilihan rasa yang pedas iaitu Sambal Meletop Burger ataupun burger kontemporari, Zesty Herb Burger.
Ketiga-tiga burger ini juga turut boleh dipadankan bersama air istimewa Lychee Pepsi dan juga Wild Mint Pepsi. Selain daripada hidangan istimewa ini, anda turut boleh mendapatkan sajian tambahan Spicy Toamto Drumette dan Classic Drumette.
Bersama-sama dengan pelancaran menu yang menarik, Mira Filzah juga turut memperagakan koleksi tudung baharu dengan kolaborasi bersama Secret Recipe di bawah jenama Mira Filzah iaitu Mira Filzah x Secret Recipe – The Entrée Collection yang ditawarkan pada harga RM99 sehelai.
Berdasarkan perkongsian di laman instagram rasmi tudung Mira Filzah, koleksi tudung ekslusif ini menampilkan tudung jenis bawal bercorak dengan 6 pilihan warna menarik iaitu biru gelap, hitam, merah gelap, beige, biru muda dan ungu cair. Setiap tudung ini juga didatangkan sekali bersama kotak edisi terhad berwarna merah gelap.


Apa yang menarik juga kesemua tudung Mira Filzah x Secret Recipe – The Entrée Collection menggunakan nama bahan makanan sebagai kod nama untuk tudung mereka seperti – Chili, Butterfly Pea, Black Pepper, Garlic, Ginger Flower dan juga Candlenut.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kesemua tudung ini, jualan telahpun dibuka kepada umum. Anda boleh mula melakukan pembelian terus di laman edagang mirafilzah.com bermula hari ini.

Jangan ketinggalan juga untuk mencuba menu baharu Secret Recipe – Burger Mira bermula hari ini. Nantikan perkongsian menu menarik yang lain di Tajria untuk dijamu bersama keluarga dan juga rakan-rakan.