Bersempena PRN yang bakal tiba pada Sabtu, 12 Ogos 2023, yang berlangsung di 6 negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu, para penyedia hotel dan juga resort turut tidak ketinggalan dalam menawarkan promosi menarik bersempena memberikan galakkan kepada orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara.
Berikut adalah beberapa promosi menarik yang boleh anda tebus dan nikmati:
6 Negeri – Royale Chulan Hotel & Resorts Malaysia
Undi dan jimat 15% untuk harga tempahan bilik di Royale Chulan Hotel & Resorts Malaysia. Ditawarkan untuk semua cawangan di 6 negeri yang terlibat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Tempah hari ini di laman web rasmi Royale Chulan Hotel & Resorts Malaysia dan jangan lupa untuk masukkan kod SE15 sebelum melakukan pembayaran. Tawaran sah untuk tempahan pada 10 hingga 15 Ogos 2023 sahaja.

Kelantan – Hotel Grand Renai Kota Bharu
Sedang mencari tempat penginapan untuk balik mengundi sempena PRN 2023 pada 12 Ogos ini? Apa kata anda buat tempahan bilik di The Grand Renai Hotel menerusi kempen Pakat Kelik Ngundi untuk Anok-Anok Kelate.
The Grand Renai Hotel ini menawarkan bilik penginapan yang mewah selain turut memberikan layanan mesra kepada para pelanggan. Anda boleh menempah pelbagai jenis bilik termasuk Deluxe King pada harga hanya RM188 mulai tarikh 11 hingga 15 Ogos 2023.
Bagi yang berminat, anda boleh hubungi The Grand Renai Hotel di talian +6097462233 atau emel ke [email protected]

Terengganu – Hotel Tanjong Vista Kuala Terengganu
Tempah bilik tidur anda hari ini di Hotel Tanjong Vista Kuala Terengganu dan nikmati diskaun istimewa sempena PRN 2023.
Untuk mula menempah, hubungi mereka di talian +609-6319988 dan rebut bilik superior yang ditawarkan pada harga RM139+.

Terengganu – Hotel Permai Kuala Terengganu
Khusus buat anda yang akan melaksanakan tanggungjawab mengundi di Terengganu, jangan ketinggalan untuk membuat tempahan bilik di Hotel Permai Kuala Terengganu bermula hari ini!
Hotel Permai ini menyediakan promosi Electi-Retreat Room Promo – untuk dua jenis bilik iaitu, RM150 untuk bilik Superior, manakala RM200 untuk bilik Deluxe.
Anda juga boleh mendapatkan diskaun sebanyak 15% untuk menu ala carte yang dipesan bersama-sama dengan tempahan bilik.

Terengganu – Sumai Hotel Apartment Kuala Terengganu
Sekiranya anda ingin menetap berdekatan dengan Pantai Batu Buruk, anda mungkin boleh menambah Sumai Hotel Apartment ini ke dalam senarai tempahan anda.
Bersempena PRN 2023, pihak hotel Sumai menawarkan promosi istimewa untuk tempahan bilik apartment. Untuk apartment 2 bilik, anda boleh menempahnya pada harga RM345, sementara 3 bilik pula berharga RM420.
Untuk apartment yang lebih besar, Sumai Hotel Apartment menawarkan pakej RM495 untuk bilik yang boleh memuatkan sekitar 5 orang. Harga ini sah sehingga 13 Ogos 2023. (https://klik.chat/room)

Negeri Sembilan – Klana Beach Resort, Port Dickson
Sekiranya anda mengundi di Port Dickson, anda boleh menempah bilik di Klana Beach Resort dan nikmati diskaun istimewa iaitu potongan harga sebanyak 20% untuk semua jenis bilik bermula 7 Ogos sehingga 13 Ogos 2023.
Disebabkan jumlah bilik yang terhad, jangan lupa untuk tempah hari ini (Book Now, Stay Later) dan pilih bilik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Tidak ketinggalan, pihak pengurusan Klana Beach Resort turut menawarkan penyediaan sarapan bagi setiap tempahan bilik.

Selangor – Hotel Armada Petaling Jaya
Di Selangor pula, tempah bilik di Hotel Armada Petaling Jaya mulai 11 hingga 13 Ogos 2023 dan nikmati kadar istimewa pengundi bermula dari RM198+, termasuk sarapan pagi untuk 2 orang.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh merancang makan beramai-ramai di bufet yang disediakan di Hotel Armada pada harga yang berbaloi iaitu bernilai serendah RM76+ satu kepala. Anda juga boleh mendapatkan diskaun tambahan 10% sekiranya melakukan tempahan sekurang-kurangnya 10 individu.
Untuk menempah, anda boleh hubungi +603 7954 6888 atau e-mel [email protected] untuk tempahan.


Negeri Sembilan – Tunas Resort, Port Dickson
Sebuah lagi hotel di Port Dickson yang menawarkan promosi bersempena PRN 2023. Jangan lepaskan peluang untuk melakukan tempahan bilik sama ada:
- Superior Room – RM99++
- Deluxe Room – RM119++
Tawaran ini sah bermula 6 Julai sehingga 13 Ogos 2023.

Negeri Sembilan – Kooceng Cat Hotel and Spa Seremban
Selain hotel biasa, hotel untuk kucing juga tidak ketinggalan dalam memberi sokongan kepada orang awam untuk kembali mengundi sewaktu musim PRN ini.
Di Seremban, Kooceng Cat Hotel and Spa menawarkan promosi selepas pulang mengundi iaitu bermula 12 Ogos sehingga 31 Ogos 2023, anda boleh menikmati diskaun 10% apabila anda menempah dandanan premium untuk kucing anda.
Hanya perlu tunjukkan jari anda yang berdakwat dan mula mendapatkan servis menarik pada harga berbaloi.

Jadi, senarai diatas adalah beberapa tawaran dan diskaun menarik untuk tempat penginapan yang boleh anda tempah sempena PRN 2023. Senarai lain akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Anda juga boleh kongsikan banyak lagi tawaran menarik yang boleh orang ramai dapatkan selepas ini. Selamat mencuba!