Carian
L’Oréal Membawa Prada Menerokai Industri Kosmetik Dan Kecantikan – Menerusi Jenama Prada Color & Prada Skin
August 8, 2023 Lina Rosli

Pada 1 Januari 2021 yang lepas, Prada S.p.A. dan L’Oréal telah menandatangani perjanjian lesen jangka panjang untuk penciptaan, pembangunan dan pengedaran produk kecantikan mewah untuk jenama Prada.

Menerusi perjanjian ini, ia sekaligus akan membolehkan kedua-dua syarikat menggabungkan kepakaran mereka dalam setiap sektor mereka sendiri dan baru-baru ini, di bawah pengurusan L’Oréal Luxe, jenama Itali terkemuka ini telah memasuki dua kategori produk baharu dengan pelancaran koleksi Prada Skin dan Prada Color.

Buat masa ini, kesemua produk untuk Prada Skin dan Prada Color akan dilancarkan melalui laman web Prada sendiri diikuti dengan strategi pengedaran terpilih melalui peruncit kecantikan paling berprestij di Eropah terlebih dahulu.

Tambah L’Oréal, mereka menjangkakan bahawa produk penjagaan kulit dan koleksi kosmetik akan menyumbang kira-kira 25 hingga 30 peratus daripada jualan menjelang 2026. Ini secara tidak langsung akan menambah jumlah yang besar kepada kedua-dua bahagian bawah Prada dan L’Oréal Luxe.

Komen