Carian
GoodMorning Global Raih RM20 Juta Melalui Kempen ECF, Sasar Memacu Penyelidikan Teknologi Makanan
August 8, 2023 Betty Tan

GoodMorning Global mencatatkan jumlah kutipan dana dan bilangan pelabur tertinggi dalam satu pusingan kempen ECF, raih dua anugerah daripada Malaysian Book of Records

Menjelang ulang tahunnya yang ke-15, syarikat tersebut juga telah menandatangani kerjasama penyelidikan strategik dan diperakui oleh Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia, menjadikannya sebagai penyumbang utama kepada Dasar Bioteknologi Negara (DBN) 2.0

GoodMorning Global bakal melancarkan produk penyelesaian makanan alternatif pertamanya, ‘serbuk protein daging’ berasaskan tumbuhan

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2023 — GoodMorning Global Group, syarikat pemakanan pelbagai bijirin terbesar Malaysia, telah meraih kutipan dana sebanyak RM20 juta daripada lebih 1,000 pelabur dalam satu kempen pembiayaan ekuiti (ECF), yang juga diiktiraf oleh Malaysian Book of Records. Dana yang dikumpul dalam pusingan ini akan digunakan untuk mempercepat penyelidikan teknologi makanan alternatif sambil menyokong penyenaraian IPO jenama itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Dato Dr. Lim Sin Boon, Pengerusi GoodMorning Global, berkata: “Kejayaan ECF baru-baru ini bukan sekadar satu pencapaian penting untuk GoodMorning Global. Ia juga menunjukkan bukti kesediaan industri dalam sektor makanan alternatif. Kami berhasrat untuk menjadi perintis kemajuan teknologi yang akan meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam usaha ini.”

(Foto: Dato’ Dr Lim Sin Boon, Pengerusi GoodMorning Global (kelima dari kanan) dan Dr Charles Cheng Fang Chin, KPE GoodMorning Global (ketiga dari kanan) bersama  penceramah ucaptama, YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (keenam dari kanan); tetamu kehormat Encik Mohamed Najeeb Al Bulushi, Timbalan Ketua Misi Kesultanan Oman ke Malaysia (ketujuh dari kanan); di upacara ulang tahun ke-15)

Pencapaian itu diumumkan pada majlis ulang tahun ke-15 GoodMorning Global, di mana anak syarikatnya, GoodMorning Bio Industries, turut menerima status Bio-Based Accelerator (BBA) daripada Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia. Selain menyediakan akses yang lebih baik kepada program pembiayaan dan pengetahuan, pensijilan itu dijangka membantu GoodMorning Global meningkatkan penyelidikan dan pembangunan produk untuk memenuhi permintaan terhadap penggunaan dan eksport produk protein berasaskan tumbuhan yang semakin tinggi di Malaysia.

Dalam ucapannya sebagai penceramah utama majlis, YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, memuji bahawa pentauliahan itu diterima tepat pada masanya. Usaha untuk meningkatkan keupayaan pengeluar tempatan bagi menerokai penyelesaian makanan alternatif adalah penting dalam mencapai objektif dan matlamat Dasar Bioteknologi Negara 2.0 serta tiga teras utamanya: bioteknologi pertanian dan perindustrian; keselamatan makanan, kesihatan, dan kesejahteraan; dan ekonomi kitaran.

Selari dengan pencapaian ini, GoodMorning Global juga telah menandatangani Memorandum Kerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), dan pakar minuman bijirin berasaskan tumbuhan dari Oman, Eastern Arrow LLC.

Kerjasama strategik itu akan menggerakkan projek penyelidikan secara kolaboratif untuk mengembangkan industri “makanan masa depan” tempatan untuk keselamatan makanan yang lebih terjamin. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab saintifik serantau untuk mengurangkan cabaran global bagi krisis makanan yang berpunca oleh iklim.

(Foto: Sesi menandatangani memorandum kerjasama dengan wakil dari UTAR, TAR UMT, dan Eastern Arrow LLC)

“Walaupun keselamatan makanan sedang menghadapi pelbagai cabaran global seperti pembandaran pesat dan perubahan iklim dengan lebih agresif, GoodMorning Global memandang situasi ini sebagai pemangkin kepada inovasi dan transformasi. Untuk tujuan ini, kami akan terus mengambil bahagian dalam lebih banyak kerjasama merentas industri bagi memudahkan pertukaran pengetahuan yang merupakan kunci untuk memastikan industri makanan dan bioteknologi Malaysia boleh memupuk masa depan penyelesaian makanan berasaskan tumbuhan yang lebih cerah,” ujar Dr. Charles Cheng Fang Chin, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan GoodMorning Global.

Pada separuh kedua tahun ini, GoodMorning Global bersedia untuk mengembangkan lagi nilai pasarannya, daripada 70 peratus nilai semasa. Di samping katalog sedia ada, jenama itu dijadualkan untuk melancarkan produk utama pertamanya, serbuk protein daging berasaskan tumbuhan sepenuhnya, dalam usaha menyediakan penyelesaian makanan alternatif menjelang 2023.

Untuk maklumat lanjut mengenai GoodMorning Global dan impak transformatifnya terhadap produk makanan lestari di Malaysia, sila layari www.goodmorning.com.my

Komen