KitKat Membawakan Perisa Edisi Terhad Baharu – KitKat Salted Caramel Cookie

August 11, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Nestlé KitKat telah melancarkan KitKat Salted Caramel Cookies edisi terhad yang serba baharu. Ia merupakan pelancaran produk terbaharu KitKat di Malaysia yang amat dinanti-nantikan kerana ia menawarkan kombinasi lazat wafer rangup yang disaluti dengan coklat susu dan cebisan biskut karamel masin yang rangup untuk menambat selera.

Apa yang menarik, sempena pelancaran KitKat Salted Caramel Cookies, pameran pengguna selama 5 hari telah diadakan di IOI City Mall di Putrajaya bermula pada 9 hingga 13 Ogos 2023. Anda boleh mendapatkan KitKat Salted Caramel Cookies dalam dua variasi pek iaitu pek tunggal 4 jejari dan juga pek multi 2 jejari yang menampilkan isi 5 pek kecil di dalamnya. 

Menurut KitKat, jika dilihat pada trend makanan di seluruh dunia, ia boleh dikatakan sudah semakin berubah seiring perubahan cita rasa pengguna untuk terus mencari cara baharu dalam menikmati keseronokan hidup dengan sepenuhnya.

Pengguna telah menunjukkan minat yang khusus terhadap penggunaan biskut dan juga perisa karamel di dalam pelbagai produk konfeksi – dengan kedua-duanya disenaraikan antara 10 perisa paling digemari di Asia Pasifik. 

Di samping itu, menurut kajian yang dijalankan di Asia Pasifik, 70% daripada pengguna ingin menikmati coklat serba baharu dan menarik manakala lebih daripada 60% mengimpikan coklat dengan aneka tekstur dan perisa. Selain rasa dan kenikmatan, tekstur yang rangup merupakan pengalaman yang paling diidamkan pengguna ketika menikmati coklat kegemaran mereka. 

Selari dengan aspirasi KitKat iaitu “Berehat sebentar, Bersama KitKat”, jenama ini menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berehat sebentar daripada kesibukan masing-masing. Cara terbaik adalah dengan menikmati KitKat Salted Caramel Cookies serba baharu – teman paling sesuai untuk memanjakan diri anda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd