Carian
Tekanan, Keletihan Antara Faktor Berlakunya Ulser Mulut – Ketahui Makanan & Minuman Yang Perlu Dielakkan Ketika Ulser
August 14, 2023 Lina Rosli

Kebanyakan individu yang mengalami ulser mulut atau turut dikenali sebagai mata ikan adalah berpunca daripada kesan gaya hidup yang tidak sihat.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya ulser mulut dalam kalangan individu seperti:

  • kebimbangan dan tekanan yang teruk
  • keletihan
  • keadaan mulut yang tidak bersih
  • menggunakan berus gigi yang tidak bersesuaian
  • makan atau minum hidangan yang panas
  • alahan
  • merokok

Selain itu, ulser mulut juga berkemungkinan besar berlaku disebabkan oleh:

  • perubahan hormon – lebih-lebih lagi sewaktu tempoh mengandung
  • kurang vitamin B12
  • kesan ubat-ubatan

Apa Sebenarnya Yang Dimaksudkan Dengan Ulser Mulut?

Bagi yang tidak mengetahui, ulser mulut adalah satu keadaan yang mana lapisan permukaan kulit pada kawasan oral ini terhakis atau terluka lantas mendedahkan deria kesakitan pada anasir luar.

Rata-rata ulser mulut muncul pada bahagian dalam bibir oleh sesetengah individu. Walau bagaimanapun, ada juga individu yang turut mengalami ulser mulut di bahagian lidah, gusi, tekak dan juga lelangit.

Apabila ulser mulut ini muncul, individu akan mengalami rasa pedih dan rengsa apabila sesuatu menyentuhnya.

Jadinya, sekiranya anda mengalami ulser mulut, pastikan anda tidak melakukan perkara yang boleh memudaratkannya seperti:

  • makan makanan yang sangat pedas, masin atau berasid
  • makan makanan yang kasar dan rangup, seperti roti bakar atau kerepek
  • minum minuman yang sangat panas atau berasid, seperti jus buah
  • menggunakan ubat gigi yang mengandungi natrium lauril sulfat

Sebaliknya, anda disarankan untuk menggunakan berus gigi berbulu lembut, minum minuman sejuk melalui penyedut minuman, makan makanan yang lebih lembut dan akhir sekali dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.

Anda juga harus mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang untuk mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesakitan dan akhir sekali mengurangkan risiko ulser menjadi lebih parah sehingga memerlukan rawatan surgeri.
buat

Komen