Carian
Kenangan Coffee Malaysia Kini Peroleh Sijil Halal Dari JAKIM
August 14, 2023 Lina Rosli

Kini, sudah banyak francais makanan dan minuman yang mula mengambil berat tentang status halal produk mereka. Ini termasuk jenama kopi popular dari Indonesia, Kenangan Coffee yang baru-baru ini telah mengumumkan akan pemerolehan pengiktirafan sijil halal dari JAKIM untuk barisan produk mereka.

Selari dengan pengumuman ini, para pelanggan tidak perlu khuatir akan senarai bahan yang digunakan oleh Kenangan Coffee kerana kesemuanya dijamin telah diperoleh daripada senarai pembekal sah Halal yang diluluskan oleh JAKIM.

Pesan Minuman Kegemaran Terus Pada Aplikasi – Kenangan Coffee Malaysia

Bagi anda yang berminat untuk mula mencuba minuman daripada Kenangan Coffee, anda boleh mula muat-turun aplikasi Kenangan Coffee Malaysia dan lakukan pembelian terus pada aplikasi.

Untuk mula memesan:

  1. Daftar akaun dengan memasukkan nombor telefon anda.
  2. Kemudian, lengkapkan pin 6 nombor untuk pengesahan sekuriti.
  3. Apabila selesai, pilih minuman yang anda ingin cuba dan terus lakukan pembayaran.

Walau bagaimanapun, setakat ini, servis penghantaran yang ditawarkan hanyalah ‘Pickup’ yang mana pengguna perlu menetapkan lokasi pengambilan untuk pesanan sama ada Suria KLCC, Nu Sentral, MyTown, Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Wangsa Maju, Plaza Shah Alam dan IOI City Mall.

Komen