Bersempena sambutan kemerderkaan tahun ini, KFC memperkenalkan burger ayam dengan citarasa tempatan iaitu KFC Satay Burger.

Burger sate dari KFC ini menggabungkan patti ayam Zinger yang disalut tepung rangup dan kuah kacang sebagai sos istimewa yang sangat sinonim dengan masyarakat tempatan. Menambah kelazatan burger ini adalah hirisan bawang merah mentah dan juga timun di dalam apitan ban roti.

Menurut KFC, burger ini hadir dengan beberapa penawaran berbeza iaitu KFC Satay Burger ala carte, set kombo, set buddy meal dan juga set box meal.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba KFC Satay Burger dan kongsikan pengalaman anda bersama Tajria. Anda juga boleh mendapatkan hidangan ini melalui pesanan di aplikasi KFC atau layari www.KFC.com.my bermula hari ini!

Muat turun aplikasi KFC (iOS) (Android)