Sebelum ini, jenama malt coklat kegemaran ramai, MILO, telahpun hadir dengan pelbagai pilihan varian untuk minuman sedia diminum sama ada menggunakan pek bungkusan plastik 3-dalam 1, kotak, dan juga di dalam tin.
Namun, yang terbaharu, MILO kini hadir dengan MILO Original, varian sedia diminum baharu yang disediakan di dalam botol rPET 500ml mesra alam yang diperbuat daripada 100% plastik resin polietilena tereftalat (rPET) berkualiti tinggi yang dikitar semula.

Menurut MILO, penawaran ini adalah untuk memacu Generasi Z di Malaysia untuk menikmati kebaikan tenaga MILO yang diperbuat daripada barli malt, susu dan koko dengan lebih mudah.
Tambah MILO lagi, pek minuman ini bukan sahaja sesuai dinikmati untuk tempoh masa yang lebih panjang, tetapi juga menjadikannya pilihan tepat bagi menghadapi tugasan harian pada bila-bila masa dan di mana jua – apabila anda memerlukan tenaga yang berterusan.
Untuk mendapatkan MILO Original di dalam botol 500ml ini, anda boleh berkunjung ke semua kedai serbaneka, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar berdekatan anda. Atau beli hari ini di platform e-dagang Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari www.milo.com.my.