Carian
AXIS-Y Memperkenalkan Barisan Produk Baharu Di Bawah ay&me – Kini Boleh Didapati Di 700 Cawangan Watsons
August 17, 2023 Lina Rosli

AXIS-Y merupakan antara jenama kecantikan Korea (K-Beauty) yang digemari oleh kebanyakan individu di Malaysia. Dan salah satu produk mereka yang menjadi pilihan ramai adalah 6+1+1 Dark Spot Correcting Glow Serum yang kini sudah mencapai lebih 8 juta unit jualan di seluruh Malaysia.

Baru-baru ini, jenama K-Beauty AXIS-Y ini telah kembali dengan penawaran produk baharu yang boleh didapati di bawah barisan ay&me.

ay&me adalah koleksi baharu yang menampilkan formulasi yang dirumus khas untuk semua jenis kulit individu. Antara produk ay&me yang boleh anda cuba adalah Biome Double Defense Sunscreen yang menampilkan bahan-bahan yang dipercayai boleh membantu menghalang penuaan pada kulit dengan lebih berkesan.

Selari dengan itu juga, AXIS-Y turut membuka kedai pop-up pertama mereka di The Starhill, Bukit Bintang, Kuala Lumpur mulai 17 hingga 20 Ogos 2023. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dialami orang ramai termasuk mendapatkan pelbagai produk dan juga sampel produk AXIS-Y menerusi pembelian kad eksklusif AXIS-Y di lokasi pada harga RM65.

Untuk pengetahuan anda, produk AXIS-Y menggunakan bahan-bahan berkualiti yang tidak mengandungi paraben, wangian buatan dan minyak mineral yang merengsakan kulit. Malah, mereka juga memberi jaminan bahawa AXIS-Y mengambil berat tentang status halal bagi bahan-bahan yang digunakan.

Bukan itu sahaja, dari segi pembungkusan produk, AXIS-Y kini sedang komited memacu kelestarian. Mereka kini dalam proses menggerakkan penggunaan produk plastik yang telah dikitar semula untuk pembungkusan produk mereka.

Komen