Carian
Clean At Sephora – Inisiatif Baharu Yang Bantu Pengguna Memilih Produk Yang Mengandungi Bahan Yang Ingin Dielakkan
August 18, 2023 Lina Rosli

Baru-baru ini, Sephora telah memperkenalkan satu inisiatif yang dikenali sebagai Clean at Sephora. Menerusi pengenalan ini, pengguna boleh menavigasi sfera kecantikan yang luas dan seterusnya membantu mereka keputusan yang lebih termaklum tentang produk yang dibeli.

Menurut Sephora, dengan kehadiran Clean at Sephora juga, pengguna juga boleh terus menambah jenama yang menarik dan ingin dicuba selain turut mengenal pasti lebih banyak bahan yang mungkin ingin dielakkan di dalam sesuatu produk.

Bagaimana Clean at Sephora Berfungsi?

Bagi yang tidak mengetahui fungsi Clean at Sephora ini, anda boleh melihat satu label (seal) yang berwarna hijau akan dilekatkan pada pek produk kecantikan dan juga produk kosmetik.

Apabila anda melihat label hijau yang bertulis ‘Clean at Sephora’ ini, jenama itu telah memberi jaminan bahawa jenama atau produk itu telah dirumuskan tanpa bahan yang anda ingin elakkan atau mungkin hanya akan terdapat sejumlah kecil bahan yang ingin dielakkan terkandung di dalam produk.

Apakah senarai bahan yang ditapis oleh Clean at Sephora?

Secara umumnya, terdapat 4 bahan utama yang telah ditapis oleh Sephora menerusi label hijau ini iaitu:

  • Paraben
  • Sulfat
  • Minyak mineral
  • Phtalat

Menurut Sephora, kaedah yang mereka gunakan untuk mengenalpasti bahan-bahan ini sebelum meletakkan label Clean at Sephora adalah kesemua produk berkenaan perlu mematuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan.

Ini termasuk produk-produk ini perlu menunjukkan ketelusan dalam penggubalan dan penyumberan, serta mengelakkan bahan-bahan tertentu. Pada pek pembungkusan mereka juga perlu menyatakan ‘dirumuskan tanpa’ atau ‘bahan terkecuali’ di dalam senarai kandungan.

Contoh bahan yang mempunyai label Clean at Sephora:

  • Caudalie Premier Cru The Serum |RM520
  • Caudalie Premier Cru The Cream |RM495
  • Caudalie Premier Cru The Eye Cream |RM295
  • Briogeo Destined for Density Hair Growth Range
  • Glow Recipe Strawberry Smooth BHA+AHA Salicylic Serum |RM208
  • Tarte Shape Tape Glow Bar |RM200
  • Tarte Shape Tape Radiant Concealer|RM139
  • Fresh Black Tea Advanced Age Renewal Cream |RM460
  • Drunk Elephant C-Firma Fresh Day Serum |RM355
  • SEPHORA COLLECTION Hydrating Serum |RM99
  • SEPHORA COLLECTION Care Better Rouge Lipstick |RM55
Komen