Carian
20 Years Of Damansara Lah! – IKEA Damansara Meraikan Perjalanan Dua Dekad Di Malaysia
August 20, 2023 Lina Rosli

Sebelum ini, IKEA telah memperlihatkan kerusi kanak-kanak gergasi IKEA MAMMUT setinggi 5 meter. Bagi yang tidak mengetahui, penampilan monumen gergasi ini merupakan pembuka tirai untuk sambutan ulang tahun ke-20 IKEA Damansara yang berlangsung pada bulan Julai dan Ogos.

Dan menjelang akhir Ogos ini, IKEA telah mengadakan penghormatan visual yang terletak di World of Fame IKEA Damansara, buat rakan sekerja IKEA yang telah memulakan perjalanan mereka dengan IKEA Damansara selama lebih dua dekad.

Bagi yang tidak mengetahui, IKEA pada mula-mula bertapak di Malaysia telah memilih 1Utama Shopping Mall sebagai lokasi pertama pada tahun 1996. Dan pada tahun 2003, IKEA telah memulakan perjalanan baharu dengan membuka gudang pertama mereka di Muatiara Damansara yang kini dikenali sebagai IKEA Damansara.

Menjadi satu barang yang ikonik, IKEA telah memilih kerusi MAMMUT sebagai entiti yang menjadi tonggak kepada perluasan IKEA di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, kerusi MAMMUT mula-mula diperkenalkan pada tahun 1993 sebagai sebahagian daripada rangkaian untuk Kanak-kanak IKEA. Reka bentuknya yang menyeronokkan dan unik berilhamkan komik menjadikannya satu kelengkapan rumah yang ideal untuk anak-anak.

Apa yang menarik juga, kerusi MAMMUT ini turut telah menjadi salah satu produk IKEA yang paling laris di Malaysia di bawah kategori kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, layari laman Facebook rasmi IKEA Malaysia di SINI.

Komen