Think City bersama-sama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperkenalkan semula Pentas Seni Merdeka buat kali kedua bersempena untuk mempromosikan pusat bandar Kuala Lumpur.
Bagi yang tidak mengetahui, Pentas Seni Merdeka merupakan inisiatif seni awam yang dilakukan oleh penggiat seni tradisional, budaya dan warisan negara dan serantau. Ia merupakan platform yang akan menampilkan persembahan, bengkel dan aktiviti yang menekankan pemeliharaan

Telah bermula sejak 22 Julai 2023 yang lepas dan akan berlangsung sehingga November 2023, Think City dan DBKL telah mempromosikan ekuiti sosial melalui pengaktifan ruang awam dan meningkatkan kedaya-hunian dan kelestarian keseluruhan Pusat Bandar Kuala Lumpur, seperti yang dimaktubkan dalam Pelan Induk Strategik Daerah Kreatif dan Kebudayaan Kuala Lumpur (KLCCD) yang dibangunkan secara bersama dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Yayasan Hasanah pada 2019.

Pada tahun ini juga, Pentas Seni Merdeka menampilkan program yang akan memfokuskan kepada usaha peremajaan KLCCD yang mana orang ramai akan melihat:
- Ruang kepada ekonomi budaya dan kreatif akan diwujudkan untuk mengembangkan dan memanfaatkan aset warisan sedia ada. Dengan pengaktifan semula ruang awam ini, ia akan memberi peluang rekreasi dan ekonomi yang sama dan mudah diakses untuk semua warganegara.
- Penggunaan semula bangunan warisan di dalam bandar berfungsi untuk memberi nafas baru kepada struktur ini, dapat memupuk penghargaan baru terhadap kepentingan warisan.
Pentas Seni Merdeka yang bermula pada 22 Julai 2023 telah menampilkan Mak Yong Kelantan oleh Kumpulan Mak Yong Cahaya Matahari dan hari ini, menampilkan Barongan Seni Reong oleh Kumpulan Sri Wahyuni, Johor – kedua-duanya dibawa dengan kerjasama PUSAKA.

Edisi seterusnya pada 9 September 2023 akan menampilkan muzik dan tarian dari Borneo dengan Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup Mathew Ngau Jau dan Alena Murang. Edisi-edisi seterusnya akan diadakan setiap hari Sabtu kedua sehingga November 2023 dan akan menampilkan persembahan tradisional Malaysia yang lain seperti Opera Teochew dan bentuk seni budaya India.
Bagi anda yang ingin melihat Pentas Seni Merdeka, acara ini akan berlangsung di Jalan Raja, Dataran Merdeka dari jam 6:00 petang hingga 10:30 malam. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pentas Seni Merdeka dan KLCCD, sila layari thinkcity.com.my .