Carian
Kajian Menunjukkan Bahawa Masalah Mata Yang Disebabkan Oleh Skrin Digital Tidak Semuanya Berkaitan Dengan Pendedahan Cahaya Biru
August 21, 2023 Lina Rosli

Pernah anda merasakan mata anda berasa kering dan letih selepas seharian merenung skrin komputer ataupun telefon pintar anda? Dan kebanyakan kajian menyatakan bahawa keletihan mata ini adalah disebabkan oleh kesan cahaya biru yang dikeluarkan oleh skrin digital.

Untuk pengetahuan anda, dalam kajian sebelum ini juga menyatakan bahawa pendedahan cahaya biru kepada mata sebenarnya boleh mensabotaj jadual tidur anda kerana ia mengacaukan irama sirkadian anda iaitu jam dalaman anda yang memberitahu anda apabila tiba masa untuk tidur atau berjaga. Jadi, jika anda menatal telefon anda pada lewat malam ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kualiti tidur.

Benarkan Mata Berasa Letih Disebabkan Oleh Cahaya Biru Dari Skrin Digital?

Sebagai penyelesaian kepada isu keletihan mata, ramai pakar mencadangkan penggunaan cermin mata penghalang cahaya biru. Ini kerana cermin mata ini mempunyai kanta yang direka khas yang dikatakan menghalang atau menapis cahaya biru yang dikeluarkan daripada skrin digital.

Kanta ini sering dipasarkan secara meluas yang menyatakan bahawa ia berfungsi melindungi mata individu daripada ketegangan mata dan boleh membantu mengurangkan potensi kerosakan pada retina akibat daripada pendedahan berpanjangan kepada cahaya biru.

Walau bagaimanapun, dalam kajian lain pula menunjukkan bahawa banyak masalah mata yang disebabkan oleh skrin digital bukan disebabkan oleh cahaya biru.

Menurut Dr. Bajic, pakar optalmologi di Cleveland Clinic berkata ramai orang mengalami ketidakselesaan mata daripada skrin digital, tetapi kebanyakan isu sebenarnya terletak di bawah istilah yang dipanggil sindrom penglihatan komputer (CVS). Ia kadangkala juga dirujuk sebagai ketegangan mata digital.

Individu akan mengalami beberapa gejala termasuk:

  • Mata berair
  • Mata kering
  • Penglihatan kabur
  • Sensitiviti kepada cahaya
  • Sakit kepala
  • Sakit leher dan bahu
  • Kesukaran menumpukan perhatian
  • Mata gatal
  • Sukar untuk menjaga mata anda terbuka

CVS secara umumnya adalah masalah mata yang disebabkan oleh pelbagai isu ketegangan mata dan ketidakselesaan. Mata anda sentiasa mengalihkan fokus dan bergerak sambil melihat skrin. Selain itu, silau dan kontras boleh menjadi sukar pada mata anda.

Jadi, walaupun anda mungkin mengalami kerengsaan mata akibat seharian bekerja pada komputer anda, ketidakselesaan mata anda bukan disebabkan oleh cahaya biru itu sendiri.

Ini kerana apabila kita merenung skrin digital atau peranti terlalu lama, kita tidak berkelip sekerap yang biasa kita lakukan, yang menyebabkan kornea menjadi kering dan terasa jengkel. Dan ini turut tertakluk kepada aktiviti yang memerlukan anda menumpukan mata pada sesuatu yang dekat, seperti membaca buku, menjahit pakaian, membuat seni lukisan yang mana mata anda konsisten memandang satu tempat sehingga menjadikannya tegang dan mengecut, yang boleh menyebabkan ketidakselesaan mata.

Komen