Carian
G-SHOCK Menampilkan Jam Tangan Edisi Istimewa Bersama Coca-Cola
August 21, 2023 Lina Rosli

Baru-baru ini, G-SHOCK bersama-sama dengan Coca-Cola telah hadir dengan koleksi istimewa bagi meraikan warisan istimewa kedua-dua jenama. Kolaboras antara kedua jenama ini memperlihatkan rekaan eksklusif bagi dua model jam tangan G-SHOCK iaitu DW5600CC23-4 dan DW6900CC23-3.

Melengkapkan koleksi ini adalah pemilihan warna yang sinonim dengan palet warna Coca-cola iaitu merah, hijau dan putih. Melengkapkannya adalah tipografi ikonik Coca-Cola pada kedua-dua muka jam.

Untuk model G-SHOCK DW5600CC23-4, ia menggabungkan penjenamaan merah Coca-Cola dengan siluet G-SHOCK untuk reka bentuk yang berani. Ia juga menggabungkan ketahanan bahan buatan G-SHOCK dengan sejarah Coca-Cola yang kaya dan semangat yang menyegarkan.

Manakala G-SHOCK DW6900CC23-3 dimodelkan mengikut pesona botol kaca hijau klasik Coca-Cola yang jelas. Hasilnya model ini memancarkan suasana nostalgia yang klasik dan sekaligus membawa anda kembali ke zaman dahulu dengan reka bentuk yang pasti menggembirakan peminat G-SHOCK dan Coca-Cola.

Selain itu, kedua-dua jam tangan ini turut didatangkan dengan tali khas yang mempunyai logo Coca-Cola yang jelas. Menjadikannya lebih elegan adalah kemasan yang diukir khas mengikut rekaan penutup botol Coca-Cola asal pada bahagian belakang kerangka jam itu.

Buat masa ini, koleksi jam tangan G-SHOCK x Coca-Cola ini tidak tersedia untuk pasaran Malaysia. Namun, bagi yang berminat, koleksi ini boleh diakses di laman rasmi G-SHOCK Casio pada harga bermula $160 seutas.

Komen